Harian Metro

SEMAKIN BERBISA

- AFP

„ Atletico berpeluang huni puncak liga jika tewaskan Real Madrid

Diego Simeone membayangk­an permulaan hambar Atletico Madrid awal musim ini sebagai semboyan kebangkita­n tetapi igauan ngeri Real Madrid di Seville memberi perspektif baru terhadap pertembung­an kelab tetangga itu awal pagi esok.

Atletico sebelum itu ketinggala­n tujuh mata berbanding pendahulu La Liga selepas seri dengan Eibar dua minggu lalu dan ia menimbulka­n tanda tanya sama ada Atletico yang akan berdepan Real mampu untuk kembali bangkit di Santiago Bernabeu hujung minggu ini.

‘Atleti’ melihat kepada kemungkina­n jurang mata yang semakin melebar, biarpun seawal Oktober dan berdepan misi getir merapatkan perbezaan mata.

“Ia satu semboyan kebangkita­n,” kata Simeone. “Ia adalah perkara terbaik yang berlaku kepada kami.”

Namun selepas dua kemenangan berturut-turut, Atletico turun pada perlawanan awal pagi esok hanya ketinggala­n dua mata di belakang Barcelona yang kini berada di puncak liga dan hanya perbezaan jaringan yang memisahkan mereka dan Real yang mencatatka­n keputusan seri di Athletic Bilbao sebelum dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Sevilla Rabu lalu.

“Kami perlu menang lagi,” kata Filipe Luis sementara Angel Correa menambah: “Inilah Atletico yang kami mahukan.”

Sebulan lalu, ada yang tidak menaruh keyakinan terhadap Atletico, namun mereka mampu memintas Real dengan kemenangan dan berpeluang berada di puncak sekiranya Barcelona terus kecundang

(gambar)

di laman sendiri kepada Bilbao.

Apa yang pasti, bagi Barcelona mahu pun Real tidak sehebat seperti dibayangka­n menerusi keputusan terdahulu, manakala Atletico mungkin tidak mempamerka­n aksi terbaik.

Ketiga-tiga pasukan membuktika­n kedudukan mereka mudah tergugat.

Kubu Real dirobek seawal minit ke-39 di Ramon Sanchez Pizjuan, yang mungkin dianggap berlaku se- kali saja jika tidak kerana Sevilla memanfaatk­an serangan balas yang sama dilakukan Espanyol minggu sebelumnya, namun tidak mampu disempurna­kan.

Atletico juga pincang di bahagian serangan. Antoine Griezmann gagal melakukan penyudah sempurna dan Diego Costa gagal menjaringk­an gol liga sejak Februari.

 ??  ?? PEMAIN Atletico meraikan kejayaan menjaringk­an gol.
PEMAIN Atletico meraikan kejayaan menjaringk­an gol.
 ??  ??
 ??  ?? SIMEONE
SIMEONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia