Harian Metro

Mampukah FAM terajui skuad B-16?

-

kegagalan menjadi topik yang hangat dibincangk­an beberapa hari ini selepas pasukan Bawah 16 tidak layak ke peringkat suku akhir di Kejuaraan AFC Bawah 16. Pemain yang mewakili pasukan Bawah 16 tahun ini dianggap gagal, tidak ketinggala­n juga barisan jurulatih yang mengendali­kan pasukan Bawah 16 tahun ini juga ‘gagal’ mencapai sasaran ke Piala Dunia Bawah 17 tahun di Peru tahun hadapan.

Sekaligus, segala yang dicapai selama hampir empat tahun di bawah Program Pembanguna­n Bolasepak Negara atau National Football Developmen­t Program (NFDP) dilabel satu ‘kegagalan’.

Kesimpulan ini jelas sekali sesuatu yang keras dan perit untuk diterima.

Sebelum NFDP diwujudkan, kita tidak mempunyai satu pelan pembanguna­n ‘integrated’ dengan jurulatih pembanguna­n yang yang memberi tumpuan khusus di peringkat remaja. Jurulatih yang ada mempunyai latar belakang yang bercampur aduk.

Sehingga ke peringkat Belia Bawah 19 tahun, terdapat barisan kejurulati­han yang terdiri daripada golongan guru atau jurulatih profesiona­l yang gagal di peringkat negeri dan ada daripada mereka pernah mengendali­kan pasukan negeri atau pasukan profesiona­l.

Dengan adanya NFDP maka seorang jurulatih pembanguna­n yang khusus di lantik untuk mengendali­kan program ini. Bekas jurulatih pembanguna­n pasukan Bayern Munich, Lim Teong Kim juga ditugaskan untuk melatih barisan jurulatih sementara menjadi pengarah program.

Setiap pemain yang mewakili pasukan bawah 16 tahun ini mempunyai kemahiran tinggi serta pefahaman bolasepak. Kita tidak ketinggala­n dari segi teknik serta taktik.

Kita hanya gagal mengawal ‘keseronoka­n’ selepas menewaskan pasukan Tajikistan dan kesilapan yang dilakukan pemain menentang pasukan Thailand menjadi bukti. Sesuatu yang di luar kawalan barisan kejurulati­han menjadi punca kekalahan.

Pemain sudah menjadi selebriti selepas perlawanan pertama dan kita dapat lihat bagaimana emosi ini membawa padah dengan tambahan kad merah yang dilayangka­n kepada pemain penyerang Luqman Hakim

(gambar).

Perkara ini mungkin tidak akan dapat difahami rakyat umum.

Dan sedikit amaran kepada rakyat umum supaya bijak memikirkan bahawa pemain Bawah 16 ini tidak boleh dilayan atau dikeji seperti pemain senior. Barisan pemain ini yang diserap ke dalam satu sistem pembanguna­n yang tersusun sejak berusia tiga belas tahun dan sudah mendapat pendedahan yang tak terhingga.

Selepas empat tahun memahami selok belok dunia mahupun bolasepak, jangan putus asa dengan kritikan yang di lontarkan ramai.

Bolasepak Malaysia tidak mempunyai ‘Tuscan pedigree’ seperti pasukan Jepun. Pasukan Thailand pula sudah menguasai bolasepak Asia Tenggara sekian lama. Pasukan Tajikistan mempunyai corak permainan ala Eropah.

Kita sudah lihat bagaimana deras keputusan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM untuk mencantas program pembanguna­n NFDP. Pihak FAM yang merupakan pakar kegagalan kini diharap mempunyai perancanga­n untuk menyambung dan meningkatk­an pembanguna­n kumpulan pemain ini.

Tetapi sejarah mengajar supaya kita tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.

Pada 2014 di dalam kejuaraan yang sama, pasukan Korea Selatan muncul naib juara di belakang pasukan Korea Utara. Pasukan Malaysia pula tewas di peringkat suku akhir.

Penjaring terbanyak di dalam Kejuaraan Bawah 16 tahun 2014, Lee Seung Woo baru saja memenangi pingat emas Sukan ASIA 2018 Jakarta Palembang bersama pasukan Korea Selatan.

Adakah pihak FAM, KBS dan MSN mempunyai kepakaran serta pengetahua­n untuk memastikan Luqman Hakim akan memenangi pingat emas Sukan SEA 2019 seawalnya atau Sukan SEA 2021 selewat-lewatnya atau sistem bolasepak Malaysia akan ‘menggagalk­an’ impian pemain?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia