Harian Metro

MINTA ‘NASIHAT’ PEMINAT TEGAR

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

„ Syed Saddiq bakal adakan sesi dialog bersama

fanatik bola sepak bagi menyelamat­kan NFDP

“Bukan mudah tapi kita perlu lakukan.” Itulah janji Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam usaha untuk menyelamat­kan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) dan sekali gus mengurangk­an beban ditanggung Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurutnya, NFDP adalah program yang baik membabitka­n puluhan ribu pemain, namun untuk meneruskan­nya ia memerlukan perubahan dari segi sumber kewangan yang sedia ada.

“Ini masalah yang harus kita beri perhatian. Sebaik memegang jawatan selaku menteri saya berjumpa beberapa pihak, merayu agar membantu program NFDP,” katanya di majlis sumbangan syarikat korporat kontinjen Para Asia di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan semalam.

Jelasnya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan

(gambar)

peminat tegar bola sepak negara dalam tempoh terdekat untuk sesi dialog agar mempunyai jalan penyelesai­an menyelamat­kan program NFDP.

“Pengikut bola sepak ini sangat penting, itulah sebab utama mengapa bola sepak masih lagi bertahan, kerana dengan adanya mereka. Sesi dialog ini akan dihadiri wakil dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), NFDP dan pihak KBS iaitu saya sendiri.

“Saya mahu tanya pandangan mereka (peminat tegar) dan dalam masa sama memberi penerangan bagaimana situasi sekarang untuk kita terus maju,” katanya.

Ditanya mengenai adakah pengendali dari luar akan menggantik­an tempat Lim Teong Kim, Syed Saddiq enggan mengulas sebaliknya menegaskan semua perlu dilihat dari segi kedudukan kewangan sedia ada.

“Itulah sebabnya saya hendak jumpa penyokong tegar kerana mereka ada pandangan dan cadangan. Dalam masa sama apabila syarikat luar melihat banyak penyokong masih lagi berminat dengan sukan ini ia mampu menarik mereka untuk turut serta. Jadi datanglah ke sesi dialog ini agar membuka mata syarikat luar serta rakan sejawat saya di kabinet.

“Paling penting perkara ini membabitka­n semua pihak, jadi sebelum bertolak ke Jakarta pada 6 Oktober depan untuk menyaksika­n Sukan Para Asia, saya berharap mampu berjumpa dengan penyokong tegar dalam satu sesi dialog, jika jadual terlalu padat ia akan diadakan selepas itu,” katanya.

Kelmarin, Syed Saddiq menegaskan, kerajaan terdahulu menjanjika­n RM20 juta setiap tahun kepada NFDP.

Bagaimanap­un, NFDP hanya menerima RM10 juta (2014), RM7 juta (2015), RM3.5 juta (2016) dan RM3.5 juta

(2017).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia