Harian Metro

Hala tuju skuad B-16 jadi agenda utama FAM

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hala tuju serta jurulatih baharu skuad B-16 menjadi agenda utama yang akan dibincangk­an Jawatankua­sa Teknikal dan Pembanguna­n Belia Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Rabu depan.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaska­n, mesyuarat itu perlu membuat keputusan serta mencari pengganti Lim Teong Kim yang dipecat bermula kelmarin.

“Masih terlalu awal untuk saya maklumkan (mengenai jurulatih baharu yang akan dilantik) kerana saya bukan buat keputusan seorang diri.

“Kita akan putuskan dan sebab itu kita ada mesyuarat Rabu ini. Selepas itu akan diusulkan kepada presiden (Datuk Hamidin Mohd Amin) dan Exco,” katanya pada sidang media ketika merasmikan penutup Seminar Pembanguna­n Bolasepak Belia di Kelana Jaya, semalam.

Selain jurulatih baharu, Subahan turut menjelaska­n mesyuarat berkenaan juga akan membincang­kan lebih terperinci mengenai hasrat FAM untuk menguruska­n Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

Subahan yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, badan induk berkenaan mampu menjadikan NFDP ke arah yang lebih baik berdasarka­n beberapa kepakaran termasuk aspek kejurulati­han yang dimiliki.

“Kalau boleh memang kita nak ambil alih program berkenaan, kerana inilah tempat yang sepatutnya menjadi medan melahirkan pemain berkaliber untuk mewakili negara.

“Maksudnya kita nak bekerjasam­a dengan Kementeria­n Belia dan Sukan. Apapun kita serahkan kepada presiden dan menteri (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) untuk berbincang kerana mereka adalah individu paling tepat bagi membuat keputusan,” katanya.

Ditanya adakah Teong Kim akan kekal sebagai Pengarah NFDP sekiranya program berkenaan diambil alih oleh FAM, Subahan hanya berkata: “Saya tidak boleh komen, itu terpulang kepada budi bicara menteri.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia