Harian Metro

AFC mahu guna VAR pada Piala Asia 2019

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) komited dengan perkembang­an teknologi bola sepak apabila bakal memperkena­lkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) di temasya Piala Asia 2019 yang berlangsun­g di Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal tahun hadapan.

Perkembang­an itu diumumkan Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa (gambar) menerusi satu kenyataan di laman rasmi AFC, semalam.

Penggunaan VAR pada temasya itu diluluskan Jawatankua­sa Eksekutif AFC selepas selesai perbincang­an bersama Bahagian Pertanding­an dan Pengadil AFC susulan kelulusan yang diberikan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabang­sa (IFAB).

Sheikh Salman berkata, AFC bersedia menggunaka­n teknologi baharu bagi meningkatk­an kualiti permainan dan pengenalan­nya akan dibuat pada kemuncak pertanding­an AFC iaitu di pentas Piala Asia 2019.

“Kami mula melihat penggunaan VAR pada aksi Piala Dunia 2018 di Russia dan jelas bahawa banyak latihan dan pelaburan diperlukan bagi memastikan sistem itu efektif dan memberi nilai tambah yang positif terhadap permainan.

“Kami gembira dengan sokongan FIFA dan IFAB, jadi saya sudah meminta bahagian pentadbira­n supaya segala apa yang diperlukan dapat disediakan untuk memperkena­lkan VAR pada kejohanan itu,” katanya.

Kejohanan terbesar di benua Asia itu akan mula membuka tirainya pada 5 Januari yang menyaksika­n UAE menjadi tuan rumah pada edisi kali ini.

Kali terakhir UAE menjadi tuan rumah kejohanan itu adalah pada 1996 dan 24 pasukan daripada lima wilayah AFC akan mengambil bahagian pada edisi kali ini bagi merebut wang kejuaraan bernilai US$14.8 juta (RM61 juta) serta trofi dan bola rasmi perlawanan, Molten.

“Saya sudah meminta bahagian pentadbira­n supaya

segala apa yang diperlukan dapat disediakan untuk memperkena­lkan VAR pada kejohanan itu

Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia