Harian Metro

‘KALAH GAJI JURULATIH POLAND’

„ Sathianath­an anggap tiada jurulatih B-16 lain ‘semewah’ Teong Kim

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

RM175,000 sebulan atau RM2.1 juta setahun. Jumlah pendapatan jurulatih B-16 negara, Lim Teong Kim itu jauh lebih besar berbanding gaji yang diterima pengendali Poland, Adam Nawalka yang diberikan ganjaran RM1.3 juta setahun.

Bezanya ialah, skuad kendalian Nawalka beraksi di Piala Dunia 2018, manakala anak buah Teong Kim gagal melepasi peringkat kumpulan selepas dikalahkan Jepun 0-2 pada perlawanan terakhir, dua hari lalu.

Teong Kim yang juga bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu boleh dianggap sebagai beruntung kerana menerima gaji besar tanpa cukai hanya untuk melatih ‘budak-budak’ berbanding Nawalka.

Mengakui hakikat itu, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an turut merasakan tidak mungkin ada mana-mana jurulatih di dunia yang menerima gaji sebanyak RM175,000 sebulan hanya untuk mengendali­kan skuad B-16.

“Saya rasa tiada mana-mana jurulatih pasukan B-16 di dunia yang menerima gaji sebanyak itu. Namun, sama ada ia dianggap terlalu tinggi atau berpatutan, saya tidak boleh mengulasny­a.

“Ini kerana isu membabitka­n gaji ini adalah satu perkara yang subjektif. Bukan salah Teong Kim juga apabila beliau menerima gaji yang sebegitu.

“Mungkin ketika itu pihak terbabit begitu ghairah untuk mendapatka­n khidmatnya, jadi mereka menawarkan gaji dengan nilai itu. Jadi, kita perlu tanya mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut kegagalan skuad B-16 pada temasya Kejuaraan B-16 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018, Sathianath­an menegaskan ia sebagai satu tragedi yang memalukan, namun mengakui NFDP perlu diteruskan.

“Program NFDP sememangny­a satu usaha yang bagus, tapi jika kita lihat, Indeks Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diletakkan adalah untuk bersaing di Piala Dunia B-17, tapi kita tidak berjaya.

“Jadi, itu patut dikira sebagai kegagalan. Apatah lagi kita menghabisk­an jutaan ringgit untuk membida hak tuan rumah, namun kita sekadar menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan,” katanya.

Kelmarin, Sukan NSTP melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Teong Kim bertanggun­gjawab terhadap kegagalan skuad kendaliann­ya mara ke Piala Dunia B-17.

Malah, KBS akan menilai kembali kontraknya yang akan berakhir pada 2020.

 ??  ?? SKUAD kendalian Teong Kim gagal lepasi peringkat kumpulan selepas ditundukka­n Jepun.
SKUAD kendalian Teong Kim gagal lepasi peringkat kumpulan selepas ditundukka­n Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia