Harian Metro

TCFC usah toleh belakang lagi

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Selepas sentuhan magisnya berjaya membantu skuad Terengganu City FC (TCFC) menjuarai Piala FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) musim ini, jurulatihn­ya Mohd Noor Mohd Derus enggan menoleh ke belakang.

Sebaliknya pengendali berusia 42 tahun itu bakal melakukan ‘eksperimen’ awal ke atas pemain pasukannya bagi memastikan skuad The Sharks tidak turun ‘pangkat’ ke saingan Liga FAM pada 2020.”

“Sebagai pendatang baharu dalam saingan Liga Perdana musim depan, sudah tentu kami perlu melakukan persiapan awal dan rapi dalam semua aspek termasuk pemilihan pemain.

“Justeru, selain mengekalka­n 15 pemain musim ini, kami akan mengikat beberapa lagi pemain muda tempatan termasuk empat import bagi mengukuhka­n lagi pasukan,” kata Mohd Noor.

TCFC yang berjaya menumpaska­n Selangor United 2-0 dalam aksi final bakal mengekalka­n beberapa pemain tonggaknya termasuk pemain terbaik perlawanan akhir, Mohd Khairul Ramadhan Mohd Zauwawi, kapten Muslim Yusof, Sabri Adam dan Jasmir Mihat.

“Saya berterima kasih kepada majikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) terutama Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib kerana memberi pelepasan untuk membimbing TCFC musim depan.”

“Jika semua berjalan lancar kami bakal berlepas ke Indonesia dan China untuk menilai pemain import,” kata Mohd Noor yang menyasarka­n untuk kekal kedudukan dalam kancah Liga Perdana dan bonus jika berjaya melangkah ke Liga Super pada 2020.

 ??  ?? MOHD Khairul Ramadhan merupakan tonggak TCFC.
MOHD Khairul Ramadhan merupakan tonggak TCFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia