Harian Metro

LUPAKAN KECEWA

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

„ Figueroa mahu pemain fokus aksi di Larkin

Lupakan aksi di Kuantan. Itu arahan pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa menjelang pertemuan timbal balik menentang Pahang di suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Walaupun JDT dilihat memiliki kelebihan selepas berjaya menjaringk­an gol di tempat lawan apabila seri 1-1 di Kuantan, keputusan itu bukan satu jaminan buat skuad Harimau Selatan mara ke pusingan seterusnya.

Sudah tentu Figueroa enggan lagi kecewa selepas impian melakar kemenangan pada aksi lalu dinafikan jaringan penyamaan Safuwan Baharuddin pada minit akhir perlawanan biarpun ketika itu mendahului hasil jaringan Gabriel Cabrera pada minit ke-46.

Katanya, aksi di laman sendiri akan menjadi penentu buat JDT mara ke separuh akhir dan mahu pemainnya fokus 90 minit perlawanan yang dijangka sengit dan tidak boleh bersikap sambil

(gambar)

lewa dan tetap berhati-hati terhadap kebangkita­n skuad Tok Gajah.

“Apa yang berlaku pada aksi suku akhir pertama sudah dilupakan dan kami kini memberi sepenuh tumpuan membuat persiapan untuk melayani kunjungan Pahang malah kami juga memperbaik­i beberapa kesilapan.

“Saya optimis kesebelasa­n utama akan memberi persembaha­n terbaik dan berharap sokongan padu penyokong selaku pemain ke-12 mampu menyemarak­kan lagi semangat juang setiap pemain untuk memburu kemenangan," kata Figueroa.

Apa pun jika dinilai persembaha­n JDT pada aksi lalu walaupun menguasai perlawanan corak permainan Corbin Ong yang beraksi di posisi bek kiri harus lebih mantap selepas mudah diatasi pemain sayap kanan Pahang, Mahamadou Sumareh yang menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Selatan.

Tanpa kelibat Fernando Marquez yang masih mengalami kecederaan kemungkina­n Figueroa akan memberi kepercayaa­n kepada Ahmad Hazwan Bakri mengemudi jentera serangan dan pastinya dia berazam untuk menyerlah dalam perlawanan itu dengan sokongan Safawi Rasid dan Cabrera.

Jika diamati sepanjang beberapa perlawanan, Figueroa bersama Benjamin Mora akan mempratikk­an formasi 4-3-3 dan Hariss Harun, Fernando Elizari dan Natxo Insa bakal menjadi sandaran mengemudi jentera tengah manakala benteng pertahanan yang akan mempertaru­hkan Marcos Antonio dan Aidil Zafuan Abd Razak mengemudi bek tengah sambil dibantu Corbin dan Azrif Nasrulhad Badrul Hisham perlu konsisten tanpa membuat kesilapan mudah yang boleh membuka ruang penyerang Pahang mengambil kesempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia