Harian Metro

Sang Badak perlu sokongan peminat

- Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Pengendali Sabah, Jelius Ating berharap penyokong Sang Badak akan membantu menyemarak­kan semangat anak didiknya ketika aksi hidup mati menentang Kelantan dalam suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas, malam ini.

Katanya, kehadiran penyokong yang ramai pasti meningkatk­an lagi semangat pemain, seterusnya memberi mereka sedikit kelebihan menyaingi pasukan pelawat.

“Kita lihat di Kota Bharu pada perlawanan lalu, kehadiran penyokong yang ramai memberi impak kepada permainan Kelantan kerana mereka 'disuntik' oleh sorakan semangat penyokong.

“Kalau mereka boleh berbuat demikian (menaikkan semangat pemain), saya juga

(gambar)

yakin penyokong kita dapat melakukan perkara sama. Oleh sebab itu saya harap Stadium Likas akan dibanjiri penyokong Sabah malam esok,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelius berkata, persiapan pasukannya untuk menghadapi perlawanan esok berjalan lancar dengan kesemua pemain bebas daripada sebarang kecederaan.

“Kita akan mengekalka­n kesebelasa­n utama kecuali menggantik­an Randy Baruh yang digantung perlawanan selepas mengutip kad merah pada aksi pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.

“Setakat ini, tempat Randy dijangka diisi oleh Dendy Lowa namun saya masih memilliki beberapa pilihan lain, kita akan tengok nanti macam mana,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain yang kini berusia 47 tahun itu berkata, beliau memiliki strategi tersendiri untuk cuba mengatasi Kelantan malam esok.

“Selepas aksi lalu, kami telah melihat semula rakaman video perlawanan dan saya harap apa yang kami rancang akan dilaksanak­an dengan baik oleh pemain,” katanya.

Pada perlawanan malam ini, Sabah perlu sekurang-kurangnya mengatasi Kelantan satu gol tanpa balas untuk melangkah ke separuh akhir.

Ini kerana, Sabah memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan selepas tewas 1-2 pada suku akhir pertama sebelum ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia