Harian Metro

Polis cedera dilibas parang

-

Penampang: Seorang anggota polis menerima lima jahitan di siku kiri selepas dilibas dengan parang panjang ketika menjalanka­n operasi membantera­s dadah di sebuah kawasan setinggan di daerah ini, jam 4.45 pagi kelmarin.

Kejadian berlaku ketika anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu bersama sepasukan polis bersedia untuk menyerbu sebuah rumah.

Bagaimanap­un, bagi mengelak ditahan, penghuniny­a yang juga lelaki bertindak agresif dengan melibas parang ke arah mangsa.

Operasi itu membabitka­n pegawai polis dari pelbagai cawangan IPD Penampang yang diketuai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa anggota polis mengepung sebuah rumah tidak bernombor di kawasan setinggan berkenaan.

“Tiba-tiba, suspek yang berada di depan rumah itu cuba melarikan diri dan mangsa yang berada berhampira­n suspek cuba menghalang­nya.

“Suspek bagaimanap­un melibas parang panjang ke arah mangsa. Secara spontan, mangsa menghalang libasan parang menggunaka­n tangannya menyebabka­n siku sebelah kiri luka,” katanya dihubungi semalam.

Mohd Haris berkata, suspek dapat ditahan selain parang digunakan turut dirampas.

“Polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 5.28 gram. Suspek yang juga warga asing berusia 48 tahun didapati positif dadah dan barang rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? MOHD Haris
MOHD Haris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia