Harian Metro

SIASAT TRAGEDI

- Cnews@nstp.com.my

LSS ambil alih kes pelanggara­n dua bot di Sungai Simpang tiga meragut 4 nyawa

Siasatan kes pertembung­an dua bot di Sungai Simpang Tiga di sini, yang meragut empat nyawa, termasuk dua warga Brunei Darussalam akan diambil alih Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS).

Ia dimaklumka­n Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi melalui kiriman aplikasi WhatsApp semalam, sambil menjelaska­n kes berkenaan berada dalam bidang kuasa LSS.

“Kes disiasat oleh LSS, termasuk bagi mengenal pasti punca sebenar nahas,” katanya.

Pada kejadian jam 2 petang kelmarin, sebuah bot penambang dari Limbang bertembung bot laju dari Brunei, dipercayai membawa rombongan pegawai kanan syarikat telekomuni­kasi, Telekom Brunei (TelBru).

Impak pelanggara­n menyebabka­n dua mangsa warga Malaysia, termasuk kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tercampak ke sungai sebelum dihanyutka­n arus.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n yang turut membabitka­n kerjasama pihak berkuasa Brunei yang menghantar bantuan aset bot penyelamat dan helikopter sebelum kedua-dua mangsa ditemui jam 5.30 petang kelmarin.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Mohd Nazmi Marali, 21, dan Awang Syukri Awangku Rizan, 7, selain dua warga Brunei, Sanah Lisa, 60, serta Rosmawati Manaf, 47.

Diminta mengulas mengenai mangsa, Mohd Bukhari berkata, kesemua jenazah termasuk dua rakyat Brunei sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing pagi semalam.

 ??  ?? BOT yang terbabit dalam kemalangan menyebabka­n empat maut dan dua selamat di Limbang.
BOT yang terbabit dalam kemalangan menyebabka­n empat maut dan dua selamat di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia