Harian Metro

HAPUS ‘TITIK BUTA’

- Cnews@nstp.com.my

Kerajaan negeri merancang membina 5,000 menara telekomuni­kasi di seluruh negeri bagi merapatkan jurang digital dan menangani isu ‘titik buta’, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menteri Muda Utiliti negeri Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, 1,200 menara telekomuni­kasi sedia ada ketika ini tidak mencukupi untuk menampung keperluan 2.7 juta penduduk Sarawak.

Malah, beliau menyatakan purata kelajuan rangkaian berwayar di Sarawak dianggarka­n empat Mbps bagi setiap rumah iaitu tujuh kali lebih perlahan berbanding Korea Selatan iaitu 29 Mbps.

“Ini amat jelas menunjukka­n Sarawak memerlukan strategi baharu membangunk­an infrastruk­tur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membolehka­n Sarawak bersaing di peringkat global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama sempena Konferensi Antarabang­sa Islam Ke-11 (KAIB11) di Institut Agama Islam Negeri Pontianak, Kalimantan Barat semalam.

KAIB adalah persidanga­n tahunan yang menggabung­kan perkongsia­n minda dalam kalangan ilmuan Islam dari Sarawak, Sabah, Wilayah Kalimantan dan Brunei Darussalam.

Bagi merealisas­ikan Dasar Ekonomi Digital Sarawak, katanya, beberapa tindakan strategik transforma­si ekonomi digital Sarawak telah dirangka.

“Ia meliputi 17 bidang keutamaan, 35 objektif dan 47 tindakan strategik. Bidang-bidang yang menjadi keutamaan dalam Dasar Ekonomi Digital Sarawak, merangkumi pertanian menggunaka­n ICT, Industri Pembuatan 4.0, pelancoBor­neo

„ Kerajaan rancang bina 5,000 menara telekomuni­kasi untuk penduduk luar bandar

ngan, bandaraya pintar, kesihatan digital, e-Dagang, kemahiran digital serta pembanguna­n bakat, inovasi digital selain keusahawan­an,” katanya.

Beliau menjelaska­n, kerajaan negeri turut menerima pakai ekonomi digital Islam kerana ia penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama delegasi KAIB11, semalam.
DR Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama delegasi KAIB11, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia