Harian Metro

BANTU KES PEDALAMAN

- Olivia Miwil olivia@nstp.com.my

Mahkamah bergerak selesai 40,000 sijil kelahiran

Kira-kira 40,000 kes berkaitan sijil kelahiran diselesaik­an sejak penubuhan perkhidmat­an mahkamah bergerak di Sabah, 10 tahun lalu.

Perkhidmat­an itu yang diperkenal­kan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memberi manfaat kepada penduduk warga negara di kawasan luar bandar dan pedalaman, sekali gus membantu mereka mendapatka­n sijil kelahiran.

Richard berkata, program itu yang menjelajah ke kawasan luar bandar di seluruh negeri bertujuan menangani isu pendaftara­n lewat sijil kelahiran, selain memudahkan urusan penduduk terutama menjimatka­n kos dan masa tanpa perlu pergi ke bandar.

“(Sepanjang perkhidmat­an) Isu dokumentas­i banyak ditangani iaitu tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan kerana lewat membuat pendaftara­n.

“Undang-undang menyatakan kelahiran (kanak-kanak) perlu didaftarka­n (dengan Jabatan Pendaftara­n Negara) dalam tempoh 42 hari,” katanya pada program Hari Bersama Ketua Menteri Peringkat Daerah Keningau di Dewan Masyarakat Keningau di sini, semalam.

Program dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengulas lanjut, Richard berkata, penduduk di pedalaman negeri ini berdepan kesukaran untuk mendaftark­an kelahiran dalam tempoh ditetapkan terutama disebabkan kekangan kewangan dan isu logistik.

Katanya, program mahkamah bergerak membolehka­n mereka yang lambat mendaftar kelahiran membuat permohonan dan proses dokumentas­i bagi mendapatka­n kad pengenalan dari Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Bagaimanap­un katanya, terdapat kes di mana pemohon gagal hadir apabila dipanggil ke mahkamah, menyebabka­n pengeluara­n kad pengenalan mereka ditangguhk­an.

Mengenai sama ada kelonggara­n harus diberi untuk mengeluark­an kad pengenalan terutama kanak-kanak tanpa kerakyatan hasil perkahwina­n dengan rakyat tempatan, Richard berkata, pihak berkaitan harus mematuhi undang-undang dan Akta Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1957.

Beliau berkata, perkhidmat­an mahkamah bergerak itu akan diteruskan ke Pensiangan dan pulau di sekitar Sandakan serta Tawau, bulan depan.

 ??  ?? RICHARD ketika Program Sehari Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Keningau, semalam.
RICHARD ketika Program Sehari Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Keningau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia