Harian Metro

Bina pangkalan keselamata­n di Keningau

-

Keningau: Kerajaan negeri bercadang membina sebuah pangkalan keselamata­n berhampira­n pintu masuk di Keningau sebagai langkah meningkatk­an keselamata­n di daerah pedalaman yang bersempada­nan dengan Indonesia.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu akan dipanjang ke Jawatankua­sa Keselamata­n Negeri, sekali gus mengukuhka­n pengawasan sempadan.

Katanya, beliau menerima cadangan daripada Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman untuk meletakkan daerah ini sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah pihak berkuasa Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), memandangk­an daerah ini turut menjadi pintu masuk dari Indonesia dan Brunei.

“Kerajaan negeri akan melihat keupayaan kerana terdapat banyak perkara yang perlu (untuk memperbaik­i) keselamata­nnya terutama di pantai timur.

“Kami juga meminta supaya keselamata­n diperketat dalam bentuk pencegahan di sempadan atau penempatan peralatan untuk membendung sebarang kemungkina­n ancaman,” katanya kepada media selepas Program Sehari Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Keningau di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri Ewon Benedick.

Ketika ini, 255 anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau yang membabitka­n pengawasan di daerah ini, Nabawan, Tambunan dan Sook.

Terdahulu, Mohd Shafie berkata, program turun padang itu yang kedua diadakan sejak Parti Warisan Sabah (WARISAN) pimpinanny­a mengambil alih kerajaan negeri antara lain bertujuan membolehka­n pemimpin kerajaan memahami keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

 ??  ?? MOHD Shafie (tengah) pada Program Sehari Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Keningau, semalam.
MOHD Shafie (tengah) pada Program Sehari Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Keningau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia