Harian Metro

PASANGAN KEKASIH KE TALI GANTUNG

Pasangan kekasih bunuh lelaki tiga tahun lalu dihukum mati

- Badrul Hizar Ab Jabar bhizar@nstp.com.my

Sepasang kekasih dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Khadijah S Hassan Barjenid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap Firdaus Abdul Karim dari Kandang dan Nur Fatihah Saqira Mohd Tahir dari Segamat, Johor, masing-masing berusia 22 tahun.

Kedua-dua tertuduh bagaimanap­un kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan Siti Khadijah.

Siti Khadijah dalam penghakima­nnya berkata, beliau tidak menerima pengakuan dan penjelasan daripada kedua-dua tertuduh dan disabitkan bersalah seperti mana dalam pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddi­n yang berusia 27 tahun ketika kejadian di Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan, Bandar Baru Merlimau Utara, Jasin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11.30 malam pada 31 Disember 2014 hingga jam 1 pagi pada 1 Januari 2015.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad dan Shazreen Nadia Saaban manakala tertuduh masing-masing diwakili peguambela LK Tiew dan Mak Kah Keong. Mengikut fakta kes, Nur Fatihah menjalinka­n hubungan cinta siber dengan mangsa sejak tingkatan tiga namun perkenalan berkenaan menjadi renggang selepas wanita itu melanjutka­n pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Pada malam kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Perak datang ke Melaka dengan menaiki bas untuk membuat kejutan berjumpa dengan teman wanitanya itu buat kali pertama.

Nur Fatihah yang menjalinka­n hubungan dengan Firdaus menghubung­i kekasih gelapnya itu dan bersetuju mengumpan mangsa di tempat kejadian.

Kerana cemburu, Firdaus menikam Muhammad Azzad beberapa kali dan mengelarny­a menggunaka­n pisau hingga mati.

Akhbar pada 3 Januari 2015 melaporkan seorang lelaki disyaki warga asing ditemui mati dengan beberapa kesan dikelar dan tikaman dipercayai dibunuh sebelum dicampak ke dalam gaung dan mayat mangsa ditemui orang awam.

Susulan itu, polis menahan dua suspek berusia 19 tahun termasuk pelajar perempuan sebuah IPT.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Firdaus dan Nur Fatihah Saqira di Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Firdaus dan Nur Fatihah Saqira di Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia