Harian Metro

Tindakan tanpa kompromi

-

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkongsia­n maklumat risikan dan aduan untuk menangani isu bolos serta penyeludup­an orang di pintu masuk negara.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya berkongsi maklumat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkua­saan lain bagi menangani isu itu dengan tegas dan tanpa kompromi.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bertindak tegas tanpa kompromi terhadap pegawai serta kakitangan terbabit rasuah atau sebarang perlanggar­an integriti.

“Imigresen tidak teragak-agak mengambil tindakan dalaman tegas termasuk buang kerja, gantung atau diturunkan pangkat terhadap mereka yang didapati bersalah.

“Kita juga melakukan beberapa siri tangkapan terhadap pegawai Imigresen dan sindiket yang terbabit dalam jenayah ini di bawah Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007

(Pindaan 2010) dan menghadapk­an mereka yang terbabit ke mahkamah.

“Bagi membendung masalah ini, Imigresenm­enerapkan nilai integriti tinggi kepada pegawai dan kakitangan termasuk aspek pendidikan selain strategi pencegahan dari segi sistem prosedur kerja dengan memperkema sistem dan tatacara kerja sedia ada,” katanya.

Mustafar berkata, pihaknya serius dan komited memastikan tahap integriti pegawai Imigresen sentiasa berada di tahap maksimum dengan menjalanka­n program pematuhan serta kesedaran memerangi salah guna kuasa serta menjalinka­n kerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM bagi memastikan matlamat itu dapat dicapai.

Katanya, Imigresen serius mengambil tindakan terhadap sindiket pemerdagan­gan orang dan penyeludup­an migran sebagaiman­a tindakan yang sudah dan terus diambil dengan menangkap dan menghadapk­an mereka ke mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia