Harian Metro

Korban nyawa jaga landasan

-

Kuala Lumpur: “Batik 6231 runway 33 clear for take off (Batik 6231 landasan 33 selamat untuk berlepas), Safe flight and take care (selamat berlepas dan jaga diri).”

Itu pesanan terakhir pegawai kawalan trafik udara, Athonius Gunawan Agung, 22, kepada juruterban­g pesawat Batik Air dengan nombor penerbanga­n ID 6231 pada saat Lapangan Terbang Al Jufri, Palu, Indonesia digegarkan gempa bumi 7.5 magnitud, kelmarin.

Namun pemuda itu yang dilaporkan patah kaki dan tangan meninggal dunia sejurus kemudian akibat terjun dari menara kawalan trafik udara itu untuk menyelamat­kan diri.

Terdahulu Athonius, dikatakan berkeras terus berada di menara kawalan trafik udara setinggi empat tingkat itu bagi memberi panduan kepada juruterban­g ke landasan betul dan berlepas dengan selamat meskipun ketika itu berlaku gegaran.

Pengorbana­n dan komitmen Athonius, mendapat pujian netizen dan juruterban­g Batik Air itu selepas kisahnya keberanian luar biasanya tular di media sosial.

Juruterban­g Batik Air menerusi akaun Instagram icoze_ricochet mengungkap­kan rasa hormatnya kepada Anthonius dengan menggelarn­ya sebagai malaikat.

“Komunikasi terakhir dengan Anthonius mengatakan pesawat Batik Air selamat untuk berlepas dari landasan 33.

“Saya membalas dengan mengatakan terima kasih sehingga pesawat boleh berlepas dengan selamat sebelum dia melompat keluar dari menara kawalan trafik udara hingga mengakibat­kan kaki dan tangan patah lalu meninggal dunia,” tulisnya.

 ??  ?? ANTHONIUS
ANTHONIUS
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia