Harian Metro

Penduduk lari ke bukit

-

Penduduk Desa Kabonga Kecil daerah Donggala, Kota Palu, Indonesia melarikan diri ke kawasan bukit selepas gempa bumi dan tsunami melanda kawasan berkenaan, kelmarin.

Gempa bumi 7.5 magnitud yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, itu berlaku jam 5.02 petang waktu tempatan (6.02 petang waktu Malaysia).

Media Indonesia melaporkan, sekumpulan warga tempatan kini melarikan diri ke bukit bagi menyelamat­kan diri.

Penduduk, Samson T berkata, dia dan keluargany­a akan bermalam di kawasan bukit yang terletak di daerah Donggala.

“Sementara menunggu keadaan stabil, kami sekeluarga akan tidur di kawasan bukit berkenaan.

“Ada penduduk yang berlindung di balai polis dan sebahagian­nya terpaksa merempat di pelbagai tempat,” katanya.

Samson berkata, kebanyakan rumah penduduk di kawasan berkenaan musnah akibat

Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, pasukan sudah dihantar ke Donggala.

Donggala berada lebih dekat dengan pusat gempa iaitu kira-kira 50 kilometer manakala Palu, 70 kilometer.

Sutopo berkata, berikutan kedudukan Donggala yang gempa bumi yang melanda.

“Ada keluarga tidur di atas tanah, ada yang tidur dalam kenderaan.

“Apa yang penting ketika ini adalah keselamata­n kami sekeluarga,” katanya dipetik daripada Tribunnews Medan.

Sementara itu, saksi kejadian, Nining, 32, berkata, terdapat banyak mayat terdampar di Pantai Lulu.

“Banyak mayat berselerak dengan sampah sarap selepas tsunami berlaku, ada yang terapung di pantai,” katanya. lebuh dekat dengan pusat gempa, kesannya dijangka lebih teruk.

Lapangan terbang Palu sudah dibuka petang semalam, selepas ditutup akibat kerosakan pada menara kawalan trafik.

Presiden Joko Widodo dijangka melawat kawasan gempa hari ini. - Reuters

 ??  ?? SEORANG wanita menangis melihat kesan gempa bumi. PASUKAN perubatan memberi rawatan kecemasan kepada kanak-kanak di luar hospital.
SEORANG wanita menangis melihat kesan gempa bumi. PASUKAN perubatan memberi rawatan kecemasan kepada kanak-kanak di luar hospital.
 ??  ?? KESAN runtuhan akibat gempa bumi di Palu.
KESAN runtuhan akibat gempa bumi di Palu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia