Harian Metro

‘LUMPUH’ SEMENTARA

-

„ Semua jaringan perhubunga­n, lapangan terbang ditutup

kawalan udara juga mengalami kerosakan teruk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, sukarelawa­n ACT turut membawa bersama peralatan navigasi dari Makassar ke Palu untuk membantu operasi pelepasan dan pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Sis Al Jufri.

Turut diterbangk­an ke lokasi bencana itu adalah set generator berikutan Kota Palu kini bergelap akibat terputus bekalan elektrik.

Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) Zulkifli Wahijan berkata, dia kini yang berada di Makassar atas jemputan satu program sedang berusaha untuk ke Palu bagi meminjau keadaan di sana.

“Bagaimanap­un, semua jaringan hubungan ke lokasi bencana terputus, ini termasuk laluan darat dan udara. Jarak dari Makassar ke Palu adalah sejauh 1,000 kilometer dan mengambil 24 jam jika memandu.

“Saya berusaha untuk menumpang pesawat Hercules milik TNI untuk ke sana namun belum ada kekosongan,” katanya.

Menurutnya, sukarelawa­n Muslim Care di Malaysia juga sudah diarahkan supaya melakukan persiapan untuk diterbangk­an ke Palu, sejurus Lapangan Terbang Sis Al Jufri, dibuka semula.

“Kami akan membawa seberapa ramai sukarelawa­n yang boleh, khusus doktor kerana pastinya khidmat pegawai perubatan amat diperlukan di kawasan bencana nanti,” katanya.

Seramai 384 mangsa meninggal dunia di enam hospital sekitar Palu manakala 29 masih hilang. (setakat jam 6 petang)

 ??  ?? ANGGOTA tentera Indonesia bersiap sedia menaiki pesawat Hercules untuk melakukan misi menyelamat.
ANGGOTA tentera Indonesia bersiap sedia menaiki pesawat Hercules untuk melakukan misi menyelamat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia