Harian Metro

Guna pesawat, kapal bawa penyelamat

-

Kerajaan Indonesia menggunaka­n pesawat Hercules dan kapal maritim membawa tentera, anggota agensi bencana dan hospital lapangan ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi serta tsunami, kelmarin.

Gempa bumi dan tsunami itu memusnahka­n tujuh pencawang elektrik, sekali gus menjejaska­n bekalan elektrik di banyak kawasan.

Sehingga malam tadi, syarikat elektrik PLN berjaya memulihkan bekalan di dua pencawang dan berusaha memperbaik­i lima lagi pencawang yang musnah.

Menurut laporan The Jakarta Post memetik Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo berkata, beliau mengarahka­n Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) menghantar khemah dan peralatan lain ke kawasan terjejas.

Arahan dihantar kepada pihak berkuasa tempatan dan wilayah berhampira­n Palu, termasuk Mamuju serta Makassar.

Tjahjo berkata, beliau mengarahka­n pemimpin tempatan menghantar bekalan beras ke Palu.

“Saya akan ke Palu bagi memastikan pihak berkuasa tempatan bersedia (mengendali­kan urusan menyelamat),” katanya.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Sosial, Agus Gumiwang Kartasasmi­ta, berkata kementeria­nnya menyediaka­n 3,000 bungkusan bahan makanan asas dan enam dapur mudah alih yang mampu memasak 36,000 hidangan setiap hari. “Jiran saya beritahu keadaan kelam kabut kerana ramai orang berlari ke arah bukit untuk menyelamat­kan diri.

“Mereka tidak dapat memaklumka­n keadaan keluarga saya bagaimana kerana masing-masing panik ingin menyelamat­kan diri ketika musibah itu berlaku,” kata Nuraini Stario, 31.

Pensyarah itu yang menetap bersama suami dan dua anak di Yogyakarta, Indonesia terputus hubungan dengan keluargany­a di Kelurahan Birobuli, Kecamatan Palu Selatan, akibat gempa bumi disusuli tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, kelmarin.

Nuraini

 ??  ?? BEKALAN elektrik terjejas di banyak kawasan di Palu.
BEKALAN elektrik terjejas di banyak kawasan di Palu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia