Harian Metro

Maut selepas rempuh pokok

-

Penunggang motosikal maut selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 6 Lebuh

Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampira­n Batu Gajah, Merlimau di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, Muhammad Syafiq Aziz, 21, dari Perigi Hang Tuah, Duyong, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­dan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Modenas dalam perjalanan dari Merlimau ke Batu Gajah di sini.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca baik. Mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wanita yang sesat ketika berjalan di kawasan pantai Pulau Besar di sini, ditemui selamat oleh anggota bomba dan penyelamat di sebuah pulau kecil, Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Soon We Keong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa jam 6.20 petang memaklumka­n dia sesat berhampira­n Pulau Besar.

“Sejurus menerima panggilan, sembilan anggota diketuai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Mohd Sukur Md Ali ke lokasi untuk menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa ditemui jam 7.53 malam di pulau kecil berhampira­n Marina Resort dalam keadaan selamat tanpa kecederaan,” katanya ketika dihubungi,

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA diselamatk­an anggota bomba selepas ditemui di Pulau Hantu
berhampira­n Pulau Besar.
MANGSA diselamatk­an anggota bomba selepas ditemui di Pulau Hantu berhampira­n Pulau Besar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia