Harian Metro

BILIK SUDAH KOSONG

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Serbuan dalam beberapa bilik ditempah khas sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi di sini, hanya menemui kasut serta jaket wanita, botol arak dan sisa dadah yang ditinggalk­an.

Dipercayai, pengunjung premis hiburan tidak berlesen itu sudah ‘menghidu’ operasi yang dijalankan pihak berkuasa awal pagi semalam.

Bukan saja beroperasi tanpa lesen, pusat hiburan itu turut menyediaka­n khidmat pelayan pelanggan (GRO), ‘port’ melepaskan gian dadah dan menghidang­kan minuman keras kepada pelanggan beragama Islam.

Ia beroperasi di sebuah premis empat tingkat yang menyediaka­n bar, pusat snuker, bilik karaoke, persembaha­n pentas dan spa.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood berkata, ketika serbuan dijalankan dalam Op Bah Siri 47 jam 1 pagi itu, kebanyakan individu terbabit aktiviti haram berkenaan melarikan diri sebaik menghidu pergerakan pihak berkuasa di tingkat satu yang dikawal pengawal keselamata­n.

Katanya, ketika memasuki premis di tingkat dua, tiga dan empat, hanya sisa dadah, kasut serta jaket wanita ditinggalk­an sedangkan pemilik barangan terbabit dan bilik yang sudah ditempah kosong tanpa pelanggan.

“Bagaimanap­un, dalam pemeriksaa­n itu, seramai 16 pelanggan didapati positif dadah selain tiga warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditahan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyita premis itu mengikut Akta Hiburan (WPKL) 1992 kerana melanggar pelbagai kesalahan selain didapati lesen pusat hiburannya tamat tempoh.

“Ketika pihak kami

„ Pengunjung pusat hiburan dapat ‘hidu’ operasi pihak berkuasa berjaya larikan diri

memasuki premis ini, didapati beberapa kegiatan haram sudah disembunyi­kan namun ketika pemeriksaa­n kami menemui sisa dadah selain beberapa wanita warga asing yang didapati bekerja di premis itu.

“Bilik yang ditempah pelanggan juga sudah kosong, dipercayai melarikan diri sebaik mendapat tahu pergerakan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi itu.

Katanya, premis itu menawarkan pelbagai perkhidmat­an seperti bar, minuman keras, pusat urutan badan, panggung wayang mini, bilik snuker dan karaoke yang disalahgun­akan untuk menagih dadah.

“Kami percaya pusat urut dan spa ini juga menyediaka­n GRO, namun tidak dapat dibuktikan kerana mereka sudah mengetahui pergerakan kami selain operasi di empat tingkat melambatka­n pergerakan kami yang mana mereka lebih arif mengenai kedudukan dan ruang premis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia