Harian Metro

J NAK BAWA IBU UMRAH

- Ardini Sophia Sina hellinie@nstp.com.my

uara program Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam, Muhammad Adam Muhibullah Abdullah, 26, menafikan statusnya sebagai mualaf menjadi kelebihan dia menjuarai pertanding­an berkenaan yang berlangsun­g di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam kelmarin.

Adam ketika ditemui berkata, dia juga tidak pernah menganggap dirinya layak menang dan kejayaan diraikanny­a di pentas akhir itu rezeki daripada Allah SWT.

“Kemenangan itu tidak ada kaitan dengan status mualaf. Kalau saya sambil lewa dan tidak fokus, kemungkina­n saya jadi antara peserta tersingkir awal.

“Tambahan pula pemarkahan diberikan juri tetap serta Murabbi dan bukan daripada penonton.

“Saya percaya, penilaian juri dan Murabbi telus berdasarka­n takzirah yang saya sampaikan malam tadi (kelmarin),” kata anak jati Ranau, Sabah ini.

Adam yang memeluk Islam sejak lapan tahun lalu berkata, misinya untuk mendekati individu yang berminat mengenali Islam dan membentuk mualaf berkualiti.

Kemenangan ini membolehka­n Adam membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000 berserta trofi dan tiket umrah untuk dua orang tajaan Almas Beauty & Health.

Dia juga diangkat sebagai Da’i Pilihan Almas menerima wang tunai RM2,000 dan produk Almas bernilai RM2,000.

Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da’i Imran Mohd Zaki dan Da’i Haziq Safwan Norazman masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertanding­an berkenaan.

Imran membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi dan tiket umrah untuk seorang sementara Haziq pula mendapat wang tunai RM10,000, tambahan wang sagu hati RM2,000 serta produk Almas bernilai RM2,000.

Haziq turut dinobatkan sebagai Da’i Pilihan penonton menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan juga sebuah trofi.

Dalam pada itu, Adam berhasrat menggunaka­n wang kemenangan bagi membantu keluarga dan membawa ibunya menunaikan umrah.

“Apabila menerima wang kemenangan, perkara pertama yang saya ingin lakukan adalah membantu keluarga terutama ibu yang mengalami kesukaran dalam hidup.

“Tiket umrah yang saya dapat pula, satu untuk ibu dan satu lagi untuk seorang sahabat. Ini kerana kami berjanji untuk pergi umrah bersama. Jadi, saya akan tunaikan janji itu,” katanya.

Sementara itu, juri tetap Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud berkata, pihak juri melihat Adam memenuhi kriteria dan berpendapa­t topik bebas yang disampaika­n sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

“Program ini mempunyai landskap baru iaitu mencari individu rentas budaya dan mampu mendekati pelbagai kaum,” katanya.

Adam tolak anggapan status dorong kemenangan juarai Da’i musim keenam

April 2016 yang lalu. Terima kasih kepada setiap individu yang sentiasa menyokong saya secara langsung atau tidak langsung.

“Tidak dilupakan kepada semua pihak media, stesen radio, TV dan penganjur. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki dan memberkati kita semua,” katanya.

Khai membuktika­n dia terus unggul apabila memenangi kategori

Artis Paling Popular pada acara berlangsun­g di MES Theatre di Mediacorp, Singapura itu selama dua tahun berturut-turut.

Acara menggabung­kan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia itu menghimpun­kan serta memberi pengiktira­fan kepada artis dari tiga negara itu.

 ??  ?? MUHAMMAD Adam bersama ibunya, Pinah Kayas@Nurshahwan­ie Abdullah selepas diumumkan juara.
MUHAMMAD Adam bersama ibunya, Pinah Kayas@Nurshahwan­ie Abdullah selepas diumumkan juara.
 ??  ?? DARI kiri, Imran, Adam dan Haziq pada pentas akhir Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam, kelmarin.
DARI kiri, Imran, Adam dan Haziq pada pentas akhir Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia