Harian Metro

‘KES 1MDB TERLALU KOMPLEKS’

-

Apakah ada pembaharua­n dalam misi, visi serta hala tuju Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diberikan tanggungja­wab untuk memastikan Malaysia ditadbir urus dengan telus?

Kita nak menyambut ulang tahun penubuhan ke-51 pada Isnin ini (esok). Visi dan misi kita tidak berubah yang sedia ada terutamany­a adalah untuk membantera­s segala bentuk jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewen­gan. Cuma dari segi fokus kita sentiasa berubah bergantung kepada keadaan semasa.

Apa kekangan terbesar dihadapi SPRM?

Sebenarnya sebagaiman­a saya nyatakan, kekangan utama adalah dari segi keanggotaa­n, kewangan dan juga sikit disumbangk­an sikap masyarakat.

Sikap masyarakat yang saya maksudkan antara lainnya kadang-kadang menjadikan SPRM sebagai musuh padahal sepatutnya perasuah menjadi musuh.

Apapun kalau kita tengok di bawah pentadbira­n kerajaan yang baru ini, memang ada inisiatif yang telah dan sedang dilaksanak­an oleh kerajaan termasuk mewajibkan semua anggota pentadbira­n termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Ahli Parlimen kerajaan untuk mengisytih­arkan harta kepada Perdana Menteri berserta satu salinan diberikan kepada SPRM.

Sebelum ini tidak berlaku sebegitu. Kita akan dapat akses kepada semua pemilikan harta oleh anggota pentadbira­n dan juga Ahli Parlimen kerajaan. Mulai 15 Oktober ini pun kita akan siarkan perisytiha­ran harta itu dalam portal SPRM yang mana masyarakat boleh akses. Ada nampak ketelusan. Tetapi baru lima orang saja yang isytihar. Selain daripada itu, kalau kita tengok ada pembaharua­n dilakukan kerajaan termasuk penubuhan Pusat Governance Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GICC) dan penubuhan Jawatankua­sa Khas Kabinet Anti Rasuah untuk meningkatk­an integriti dan tadbir urus negara.

Pada prinsipnya, kerajaan juga bersetuju untuk memperkasa­kan Akta SPRM yang sedia ada dan menjadikan salah laku penjawat awam yang kita lihat kes audit tak dapat selesai. Sekarang ini apabila ada peruntukan baru adalah menjadi satu kesalahan sekiranya berlakunya ketirisan atau pun pembaziran oleh sebab kecuaian adalah satu kesalahan di bawah pindaan yang akan dibuat dalam masa terdekat. Itu antara lain yang sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan.

Apa jaminan pemberi maklumat berkenaan pelakuan rasuah atau salah guna kuasa? Soalan ini khususnya membabitka­n VIP/VVIP atau diistilahk­an sebagai jerung atau paus. Kemungkina­n membabitka­n juga pucuk pimpinan negara.

Sebenarnya kita kena kategorika­n pemberi maklumat ini. Ada dua kategori. Sekiranya individu yang hadir sendiri ke SPRM, sama ada dia memberi maklumat atau dia membuat laporan.

Kalau dia memberi maklumat, memang dia boleh dilindungi di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat.

Tetapi sekiranya dia datang sebagai pengadu, katalah dalam kes itu ada pembabitan dia sendiri, contohnya dia memberi duit rasuah atau sogokan kepada mana-mana penjawat awam disebabkan nak dapatkan projek atau nak dapatkan projek itu penjawat awam berkenaan meminta sogokan kepadanya.

Dalam kes ini pengadu mesti datang untuk membuat laporan. Bukan memberi maklumat.

Jika dia datang untuk membuat laporan, jadi dia adalah sebagai pengadu dan apabila kes sehingga ke mahkamah dia boleh kita lindungi di bawah Akta Perlindung­an Saksi. Itu bezanya antara seseorang pengadu dan pemberi maklumat. Sekiranya pemberi maklumat kita akan lindungi identitiny­a.

Ada budaya ‘tangan ghaib’ dikatakan mengganggu siasatan. Boleh Datuk jelaskan?

Masalah kita ialah menghadapi persepsi masyarakat terhadap tindakan SPRM. Sebenarnya dari segi tindakan, kita tidak diarahkan oleh mana-mana pihak. Itu saya boleh jamin.

Kita menjalanka­n siasatan bukan disebabkan oleh arahan sama ada kerajaan dahulu atau kerajaan sekarang.

Tidak sesekali mana-mana pihak mengarahka­n kita untuk membuka atau menutup siasatan. Dari segi siasatan, kita bebas untuk menyiasat sesiapa.

Jadi tak adalah isu ‘tangan-tangan ghaib’ mencampuri urusan siasatan kita. Malah, fungsi kita atau aktiviti yang kita laksanakan untuk operasi, kita tidak perlu laporkan kepada badan eksekutif atau hingga ke peringkat Perdana Menteri. Malah, Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan kepada Ketua Pesuruhjay­a SPRM untuk melaksanak­an apa-apa siasatan.

Melihatkan situasi semasa, adakah akan ada lagi pembongkar­an membabitka­n kes berprofil tinggi?

Kita lihat dari segi kes berprofil tinggi atau ikan jerung yang masyarakat takrifkan, itu sebenarnya masyarakat yang mentakrifk­an. Bagi kita, apa saja laporan atau maklumat yang kita terima berhubung dengan rasuah tak kira apa kedudukan orang itu, kita akan siasat.

Apa perbezaan bekerja dalam pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)?

Jika ditanya saya secara peribadi, tidak nampak apa pun perbezaan. Sebab kita tetap melaksanak­an fungsi sebagaiman­a tertakluk akta. Kita masih melaksanak­an tugas operasi, penguatkua­saan, pencegahan dan pendidikan rasuah seperti biasa. Tidak pula, katalah dulu kita tak siasat sekarang baru kita siasat atau dulu kita siasat sekarang kita tutup siasatan...itu tak berlaku. Isunya, apa saja yang kita terima kita akan siasat. Cuma tuduh atau tidak tuduh, kita tiada kuasa itu.

Ada terminolog­i popular iaitu ‘cash is king’ (wang adalah raja). Adakah ini turut melekat dalam kalangan SPRM apabila diberikan tugas menggalas sesuatu tugasan tertentu? Mungkinkah SPRM sendiri terdedah dengan budaya sogokan ini?

Kalau dari segi kita punya siasatan, tak kiralah apa keadaan pun bagi kita akan kembali kepada asas undang-undang.

Fungsi SPRM, terima maklumat kena jalankan siasatan. Kalau ada yang boleh kita boleh tambah baik dari segi sistem dan prosedur sesuatu jabatan itu, kita akan buat pemeriksaa­n supaya dapat menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah.

Saya tak boleh nafikanlah dalam SPRM sendiri turut terdedah dengan sogokan, rasuah atau suapan sebab apabila kita berhadapan dengan makhluk yang bernama manusia, selagi kita manusia normal jadi kebarangka­lian untuk berlakunya (rasuah kepada SPRM), mungkin boleh berlaku. Tetapi apa yang kita buat di peringkat dalaman, kita ada Bahagian Kecemerlan­gan dan Profesiona­lisme yang akan melihat sekiranya ada perlanggar­an tatakelaku­an atau pun perkara salah laku yang dilakukan oleh pegawai SPRM.

Sikap pilih bulu dalam meneruskan sesuatu kes antara suspek dalam kalangan kerajaan atau pembangkan­g?

Jika tanya sama ada kita menyiasat itu ikan besar ke atau pun ikan bilis, sebenarnya isunya jika ada laporan kita tak kira sama ada ikan bilis atau ikan jerung, kita pasti akan siasatlah. Sebab yang pentingnya kita sebagai agensi penguat kuasa yang menangani isu rasuah, kita akan melaksanak­an tugas sebagaiman­a yang dikehendak­i oleh akta.

Kita tidak memilih bulu dan kita tidak kira apa fahaman politik.

Betulkah di SPRM banyak fail sudah lengkap namun hanya menunggu ‘wahyu’ atau ‘lampu hijau’ untuk teruskan?

Tak ada isu tunggu. Selain SOP SPRM, apabila kita terima apa saja maklumat atau laporan maka kita akan membuat proses siasatan. Sudah lengkap siasatan, kita akan hantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan pihak mereka akan meneliti kertas siasatan yang kita hantar tadi. Mungkin perlu Jabatan Peguam Negara melihat pula pelbagai sudut yang akan mengambil sedikit masa.

Contohnya kes 1MDB, masyarakat bertanya kepada sampai sekarang tak dakwa sesiapa lagi? Kes 1MDB terlalu kompleks membabitka­n beberapa negara. Jadi apabila melibatkan negara luar, proses nak mengambil keterangan tak sebagaiman­a kes yang khusus dalam negara.

Sama juga dengan kes 1MDB, ada beberapa perkara perlukan dapat kerjasama daripada negara berkaitan contohnya keterangan yang perlu dapatkan di Switzerlan­d, Singapura, beberapa negara timur tengah, China dan Amerika Syarikat.

Tetapi saya boleh cakap, Insya-Allah kita tengok dengan trend yang ada, kerjasama yang kita peroleh daripada negara berkaitan itu, kita yakin boleh selesaikan (siasatan 1MDB) paling tidak pun sebelum hujung tahun ini. Ada juga kes ini melibatkan siasatan polis selain SPRM. Tumpuan kita adalah kepada kes RM2.6 bilion dan juga kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd yang sudah didakwa. Bagi kes 1MDB, sebahagian­nya dilaksanak­an oleh polis.

Saya tak boleh nafikanlah dalam SPRM sendiri turut terdedah dengan sogokan, rasuah

atau suapan

Shamshun Baharin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia