Harian Metro

Cedera ditikam abang kandung

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Lelaki cedera dengan lapan kesan tikaman di badan selepas diserang abangnya dalam satu pergaduhan di Jalan Gong Pasir di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 31 tahun dan tidak bekerja itu cedera di lengan kiri, tulang rusuk kanan, dada dan belakang badan.

Kejadian menimpa mangsa diketahui adik lelakinya berusia 28 tahun selepas dimaklumka­n ibu mereka mengenai keadaan mangsa yang berlumuran darah selepas diserang.

Lelaki terbabit yang berada di kedai pulang ke rumah selepas dihubungi ibu mereka jam 12.20 tengah malam mengenai pergaduhan dua abangnya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Lapan individu yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin direman empat hari bermula semalam hingga Selasa ini kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa.

Putrajaya: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya disambung reman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitka­n kontrak Tabung Haji (TH).

Perintah lanjut reman bermula esok hingga 5 Oktober itu dikeluarka­n Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Sementara itu, Shah Wira memerintah­kan seorang lagi suspek iaitu sepupu Abdul Azeez dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Pada Rabu lalu, Abdul Azeez, abang dan sepupunya direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, perintah penahanan reman itu bagi

 ??  ?? PEGAWAI SPRM mengiringi Abdul Azeez dan abangnya keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
PEGAWAI SPRM mengiringi Abdul Azeez dan abangnya keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia