Harian Metro

KRITIK SIKAP HIPOKRIT

-

Perdana Menteri harap ucapannya di perhimpuna­n PBB sedarkan kuasa besar untuk perbaharui sistem veto tidak adil

Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kelantanga­n suaranya dapat menyedarka­n negara kuasa besar untuk bersetuju memperbaha­rui sistem veto yang tidak adil dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara berkuasa ini, katanya, adalah hipokrit kerana mereka menuntut perubahan rejim di negara lain atas nama demokrasi.

“Saya harap dapat memalukan mereka untuk menjatuhka­n kuasa veto mereka. Orang perlu memberitah­u mereka bahawa ia sangat tidak demokratik.

“Jangan bercakap mengenai perubahan rejim di negara lain jika kamu tidak boleh memberi kami demokrasi di badan antarabang­sa ini.

“Ini bukan perkara yang baik, itu hipokrit. Di satu pihak anda kata mereka semua mesti demokratik, anda menyebabka­n perubahan rejim dan banyak peperangan sivil untuk (menegakkan) demokrasi.

“Tetapi di sini (di PBB) yang perlu mereka lakukan adalah melepaskan kuasa veto, tetapi mereka tidak gembira untuk berbuat demikian,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung harapan beliau terhadap seruannya supaya sistem veto PBB diperbahar­ui.

Dalam ucapannya di Perhimpuna­n Agung PBB kelmarin, Dr Mahathir mengkritik PBB kerana gagal mengakhiri penguasaan lima anggota tetap yang memegang kuasa veto dalam Majlis Keselamata­n PBB.

Mereka adalah China, Perancis, Russia, Britain dan Amerika Syarikat.

Dr Mahathir berkata, beliau sudah mencadangk­an supaya kuasa veto tidak hanya oleh seorang ahli tetap, tetapi sekurang-kurangnya dua kuasa besar yang disokong tiga anggota bukan tetap Majlis Keselamata­n.

Perdana Menteri ada membuat cadangan sama ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung PBB pada 2003.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia