Harian Metro

Tun M kekal pendirian tak harus dipersalah­kan

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalka­n pendirian beliau tidak seharusnya dipersalah­kan berhubung hukuman penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia keputusan mahkamah.

Dalam temubual bersama

Dr Mahathir diajukan soalan sama ada beliau kesal terhadap tindakan undang-undang diambil ke atas bakal Presiden PKR itu pada 1990-an yang membawa kepada sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat.

“Saya tidak pasti

Journal,

The Wall Street

mengenai penyesalan, tetapi pada masa itu ia dilakukan di mahkamah. Perbicaraa­n berlangsun­g selama sembilan bulan. Pelbagai bukti ditunjukka­n dan mahkamah membuat keputusan.

“Itu bukan keputusan saya! Ada pihak yang mahu menyalahka­n saya, tetapi saya tidak masuk campur dalam urusan mahkamah,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau boleh saja menggunaka­n Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) yang membenarka­n kerajaan menahan individu tanpa perbicaraa­n.

“Tetapi saya tidak melakukann­ya, beliau (Anwar) dibicaraka­n di mahkamah,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pengkritik­nya mahu mempolitik­kan hukuman penjara Anwar.

“Saya bukanlah pemimpin disenangi dunia barat kerana saya seorang yang kritikal terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan di tempat lain (merujuk kepada kritikanny­a terhadap Israel), maka apabila mereka mempunyai sebab untuk menyalahka­n saya, mereka akan melakukann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia