Harian Metro

Alu-alu maklumat lokasi Jho Low

-

Malaysia menerima maklumat mengenai lokasi dan kegiatan Jho Low daripada beberapa sumber termasuk rakyat Malaysia.

Pada sidang media di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mengalu-alukan maklumat berkenaan dalam usaha membawa Jho Low pulang ke Malaysia.

“Jika kamu tahu, maklumkan dan ambil tindakan, sila maklumkan dengan tepat lokasi dan kita perlu mengadakan perbincang­an dengan negara terbabit.

“Proses ini (yang berjalan) tidak boleh dihebahkan.” katanya.

Dr Mahathir berkata, perbincang­an persendiri­an boleh dilaksanak­an antara pihak berkuasa Malaysia dan rakan sejawat mereka di negara yang menjadi lokasi persembuny­ian ahli perniagaan yang menjadi buruan itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan dibuat Khamis lalu mengenai usaha Malaysia membawa pulang Jho Low dari China menggunaka­n saluran persendiri­an.

Ketika diajukan soalan mengenai kesahihan maklumat Jho Low di China, Dr Mahathir berkata, beliau dimaklumka­n China adalah antara lokasi persembuny­ian Jho Low.

“Kita diberitahu lokasi

Jho Low adalah di China, malah ada yang memberi maklumat beliau di Thailand.

“Namun, beliau berupaya mengagak langkah kita dan menghilang­kan diri,” katanya.

Mengenai kemungkina­n wujud kebocoran perkara itu, Dr Mahathir berkata, sehingga kini usaha menahan Jho Low tidak berhasil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia