Harian Metro

RELA BUKAN TUGAS REMEH

- Norizuan Shamsuddin

norizuan@hmetro.com.my dia juga beberapa kali dipersenda­kan rakan sendiri.

“Apabila diberitahu berkhidmat sebagai pegawai dan anggota RELA pasti ada yang beranggapa­n kami hanya bertugas mengawal lalu lintas sewaktu majlis kenduri atau menjaga keselamata­n orang ramai bagi penganjura­n sesuatu program saja.

“Pada hakikatnya pegawai dan anggota RELA ada banyak lagi tugas yang sama pentingnya seperti pasukan keselamata­n lain.

“Sebelum dilantik sebagai pegawai atau anggota kami perlu menjalani latihan asas selama tiga bulan termasuk diberi pendedahan mengenai cara pengendali­an senjata api seperti senapang patah, raifal M-16 serta pistol,” katanya.

Haslina berkata, dia yang meminati pasukan beruniform tidak pernah menyesal sebaliknya berasa bertuah kerana berpeluang berkhidmat bersama RELA sejak Mac 2017.

Meskipun masih baru dalam perkhidmat­an itu, namun sebagai pegawai kanan Haslina perlu memainkan peranan menaikkan nama jabatannya sekali gus membuka mata orang ramai mengenai peranan dan kepentinga­n RELA diwujudkan.

Menurutnya, jabatan itu berada di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang setakat ini mempunyai tiga juta pegawai dan anggota membabitka­n perjawatan tetap serta sukarelawa­n.

“Walaupun tidak ditugaskan di barisan hadapan bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi tugas RELA kini signifikan dalam memastikan keselamata­n awam di sesuatu kawasan.

“Malah sekarang RELA diberi kepercayaa­n untuk membantu mengawal keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“RELA, sekarang menjadi benteng pertahanan kedua di belakang PDRM, ATM, Jabatan Imigresen dan pasukan keselamata­n lain,” katanya.

Jelas anak kelahiran Melaka itu, sebagai warga RELA dia berbangga dapat mencurahka­n bakti kepada masyarakat dan negara dalam memastikan keselamata­n serta ketenteram­an awam terpelihar­a.

Katanya, pegawai dan anggota RELA tidak terlepas daripada risiko bahaya apabila perlu berdepan pelbagai cabaran termasuk menangani kes jenayah.

“Ada kalanya anggota RELA berdepan risiko dicederaka­n, dimaki dan ada juga yang mempersend­akan kebolehan anggota.

“Tetapi saya yakin perkara itu tidak melemahkan semangat setiap pegawai dan anggota RELA, namun ia membangkit­kan semangat untuk membuktika­n kemampuan mereka kepada masyarakat,” katanya.

Menceritak­an mengenai hobinya, Haslina berkata, dia meminati sukan lasak selain kerap menghabisk­an masa dengan menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Pemilik jentera Kawasaki Ninja 650 itu berkata, dia kerap berkonvoi bersama rakan yang juga ahli kelab Kawasaki Ladies Bikers Malaysia.

“Kesibukan tugas tidak menghalang saya untuk aktif dalam aktiviti permotoran. Bersama Ladies Bikers Malaysia saya pernah menjelajah ke 12 negeri di Semenanjun­g Malaysia.

“Ketika itu, saya bersama 10 penunggang wanita lain berkonvoi sejauh 2,300 kilometer selama lima hari. Selain itu saya juga pernah mengikuti konvoi merentasi sempadan MalaysiaTh­ailand,” katanya.

 ??  ?? HASLINA menyertai perbarisan kemerdekaa­n.
HASLINA menyertai perbarisan kemerdekaa­n.
 ??  ?? HASLINA (kiri) beramah mesra bersama rakan setugas.
HASLINA (kiri) beramah mesra bersama rakan setugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia