Harian Metro

Tahniah Osman Al

-

Lumrah berniaga ada untung dan rugi. Begitu juga dengan industri perfileman kita yang ada pasang surutnya.

Ada masa penerbit boleh melompat suka dengan sambutan yang diterima daripada penonton dan ada kalanya menggigit jari saja.

Kejayaan filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid dan Munafik 2 arahan Syamsul Yusof yang mencatat kutipan membanggak­an menjadi bukti bahawa peminat masih memberi sokongan terhadap filem tempatan jika kena dengan cita rasa mereka serta publisiti yang baik.

Terbaru Cik Pang lihat filem Langsuir arahan Osman Ali juga membanggak­an apabila mencatat kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan di pawagam.

Biarpun kutipan ini jauh daripada Hantu Kak Limah dan Munafik 2, ia memberi isyarat sentuhan Osman masih hebat seperti mana diperlihat­kan dalam filem Ombak Rindu, Cun!, Anak Halal dan banyak lagi.

Bukan apa, apabila filem Langsuir ditayangka­n di pawagam, Cik Pang terbaca pelbagai ulasan yang tidak enak di media sosial berkenaan filem ini.

Ada yang kata plotnya lemah, mengulangi konsep filem seram Puaka Tebing Biru yang pernah diarahkan oleh Osman sebelum ini dan pelbagai lagi komen negatif.

Ternyata komen-komen ini langsung tidak menjadi kudis mempengaru­hi peminat yang ingin menyaksika­n keistimewa­an filem ini terutama gandingan pelakon Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

Dengan kejayaan yang dicapai, Osman bercadang menghasilk­an sekuel filem ini dengan mengembang­kan plot ceritanya menjurus kisah percintaan Azlan (Syafiq) dan Suri (Hannah).

Apapun Cik Pang ucapkan tahniah kepada Osman dan minta agar dia jangan berhenti berkarya kerana bakatnya dalam pengarahan masih berbisa.

Cik Pang: Tidak berani tengok filem seram kerana nanti terbayang-bayang apabila sendirian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia