Harian Metro

Simpati dengan Saleem, keluarga

-

Dua minggu ini industri seni berduka dengan berita sedih iaitu kemalangan membabitka­n penyanyi legenda Saleem Iklim dan kematian komposer lagu tradisiona­l, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah.

Cik Pang sendiri ada pengalaman dengan Allahyarha­m dan beliau antara anak seni yang komited dengan kerjanya serta mudah mesra dengan sesiapa saja.

Cik Pang ambil kesempatan menyampaik­an ucapan takziah buat keluarga Allahyarha­m terutama Mak Ngah (Datin Sharifah Mahani) yang tidak pernah berenggang dengan suaminya walau ke mana sahaja. Al-Fatihah.

Baiklah, Cik Pang nak bercakap mengenai Saleem pula yang mengalami kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

Seingat Cik Pang, sudah tiga kali Saleem dimasukkan ke hospital akibat sakit berbeza dan setiap kali itulah berita palsu mengatakan dirinya meninggal dunia tular sehingga mencetuska­n kejutan pelbagai pihak.

Cik Pang lihat, perkara ini seakan-akan jadi trend dalam kalangan masyarakat apabila seronok berkongsi perkara yang tidak sahih.

Lebih pelik, ada penggiat seni juga berkongsi berita ini di laman sosial masingmasi­ng tanpa usul periksa sedangkan mereka punya akses mendapatka­n kepastian daripada keluarga Saleem sendiri.

Cik Pang harap tindakan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) membuat laporan polis terhadap penyebar berita palsu ini dapat membendung perkara ini daripada terus berleluasa.

Cik Pang: Faham sangat situasi di hospital kerana pernah berkampung sebulan menjaga saudara yang sakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia