Harian Metro

KAKA PUAS KARYA ALIF

- Georgie Joseph georgie@hmetro. com.my

Kerap bekerjasam­a dengan Alif mutakhir ini termasuk menerusi lagu Sibuk, penyanyi Kaka

Azraff akan terus menagih kerjasama komposer berkenaan.

Kaka, 29, mengakui dia puas dapat menyanyika­n karya dihasilkan

Alif kerana baginya, kepuasan itulah yang diperlukan dalam kerjaya nyanyian.

Dia juga tidak menafikan sangat selesa bekerja dengan komposer itu, selain menyanjung kemampuann­ya menghasilk­an muzik segar.

“Saya sangat bersyukur apabila peminat dan pendengar semakin faham hala tuju muzik saya. Perkara ini penting bagi mengukuhka­n penjenamaa­n saya malah pemilihan lagu juga harus tepat.

“Setakat ini, Alif komposer yang sempurna pada mata saya bagi merealisas­ikan hal itu. Dia faham apa yang sesuai untuk saya dan sentiasa tampil dengan idea segar.

“Malah dia sedia mendengar apa yang saya mahukan dalam sesebuah lagu. Dengar sekali saja jenis lagu yang saya mahukan, dia akan hasilkan sesuatu yang memuaskan.

“Disebabkan itulah saya bercadang terus menggunaka­n khidmatnya sebagai komposer. Biarlah kena melutut sekalipun, saya sanggup asalkan dapat terus bekerja dengannya,” kata Kaka.

Apapun, itu tidak bermaksud Kaka menolak bekerja dengan komposer lain, sebaliknya mengalualu­kan sesiapa yang berminat memberikan lagu kepadanya.

“Dalam pemilihan karya, amat penting bersikap terbuka dengan idea sesiapa. Bukan komposer profesiona­l pun boleh buat kejutan dengan menghasilk­an lagu yang sangat bagus.

“Begitu juga dengan komposer lain yang ada di dalam negara dan luar negara. Saya sentiasa mengalualu­kan khidmat mereka,” katanya.

Teguh memperjuan­gkan muzik urban, Kaka berkata, tidak mudah baginya kerana terpaksa berdepan pelbagai dugaan sepanjang tujuh tahun mengasah bakat sebagai penyanyi.

“Banyak kali juga saya diminta tampil dengan lagu yang lebih mesra telinga. Contohnya, lagu irama balada yang

 ??  ?? TUNGGU masa tampil lagu duet bersama Ella.
TUNGGU masa tampil lagu duet bersama Ella.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia