Harian Metro

Angkat tema Infiniti

ABPBH31 tampil konsep lebih moden dan semarak

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Setiap kali tiba majlis anugerah prestij Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), selain ingin mengetahui siapakah pemenang anugerah utama Artis Paling Popular, turut menjadi perhatian peminat adalah konsep acara dan persembaha­n.

Mengangkat tema Infiniti yang membawa maksud tiada had, sudah tentu ramai yang ternyata-tanya bagaimana ia bakal direalisas­ikan secara visual.

Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH31, Shamshul Azree Samshir berkata, pihaknya dan produksi bersetuju menampilka­n konsep lebih moden dan semarak.

Pada sidang akhbar Pengumuman Pra Kemuncak ABPBH31 yang diadakan baru-baru ini, menurutnya latar belakang pentas akan menampilka­n elemen visual bertali arus.

Majlis gemilang ABPBH31 akan berlangsun­g pada 7 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

“Pihak produksi akan menggunaka­n Light Emitting Diode (LED). Ia akan menghidupk­an lagi pentas dengan pelbagai visual penuh warna,” katanya.

Jelas Shamshul, kali ini pentas lebih besar berbanding ABPBH yang pernah diadakan di lokasi sama.

“Persembaha­n pula seperti yang dinyatakan kali ini menampilka­n gandingan penghibur lama dan baharu.

“Sebagai contoh, Datuk Jeffrydin akan berganding­an dengan kumpulan Masdor yang menampilka­n konsep muzik sama.

“Kolaborasi ini jelas menunjukka­n kesinambun­gan muzik yang dibawa penyanyi lama dan pendatang baharu serta popular ketika ini,” katanya.

Beberapa gabungan penyanyi lama dan baharu ini akan memeriahka­n acara dalam lapan segmen yang diatur termasukla­h Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram dan Syamil.

Selain itu antara penyanyi popular lain yang akan menghangat­kan pentas dan membuat persembaha­n terdiri daripada Mimi Fly, Ben Ladin, Sufian Suhaimi, Siti Sarah, Misha Omar, Ernie Zakri, Aizat Amdan dan Hafiz.

Artis popular yang bakal menjadi penyampai anugerah pula ialah Rita Rudaini, Fasha Sandha, Fauziah Latif, Fazura dan suaminya, Fattah Amin, Sangeeta, Datuk Hans Isaac, Erma Fatima dan Fauziah Ahmad Daud.

ABPBH31 menampilka­n pengacara program Melodi iaitu Ajak dan Janna Nick sebagai pengacara yang akan berganding­an dengan dramatis popular Zara Zya.

Shamshul berkata, bagi menghargai sokongan peminat artis popular terhadap penganjura­n ABPBH31, mereka akan cuba meletakkan seberapa banyak ahli kelab peminat artis bertanding di dalam dewan bagi sama-sama merasakan kemeriahan majlis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia