Harian Metro

SAMBUNG LEGASI TURUN LAUT

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Airul Azuan jadi nelayan sementara dua abang

sekali sekala turun

ke laut supaya tak lupa asal

usul

Lumrah dan asam garam kehidupan nelayan pasti berdepan pelbagai cabaran serta risiko. Ada masanya mereka memperoleh hasil lumayan, kadangkala hasil tidak seberapa, namun ada ketikanya tidak dapat turun ke laut berikutan faktor cuaca.

Biarpun menjadi nelayan bukan suatu tugas mudah, tetapi Airul Azuan Abu Bakar, 39, dari Kampung Lanang, Kuala Langat, Selangor mahu meneruskan legasi pekerjaan bapanya sejak 20 tahun lalu. Selain minat, bapa empat anak ini menjadi nelayan kerana tanggungja­wab untuk menyara kehidupan harian.

“Ketika kecil saya sering menemani bapa, Abu Bakar Tanda, 78, turun ke laut untuk menangkap ikan. Lama-kelamaan timbul minat dan mula serius menjadi nelayan pada usia 19 tahun.

“Selepas puluhan tahun, pekerjaan ini masih lagi dilakukan kerana ini saja mata pencarian saya dan sebahagian besar penduduk kampung. Laut sudah sebati dalam kehidupan kami,” katanya.

Airul Azuan berkata, dua abangnya, Azizi, 50, dan Azizan, 46, juga pernah menjadi nelayan dan kini sesekali turun ke laut supaya tidak lupa kemahiran menangkap ikan serta pekerjaan yang pernah menjadi mata pencarian mereka.

“Lazimnya saya turun ke laut jam 8 pagi dan balik kira-kira jam 4 petang. Namun, ada masanya saya akan turun jam 2 petang sebelum kembali pada tengah malam. Tetapi, pada musim tengkujuh saya tidak akan turun ke laut dan menghabisk­an masa dengan membaiki jala atau bot.

“Tangkapan diperoleh seperti ikan senangin, cencaru, pari dan ketam akan dijual terus kepada pelanggan kerana saya mempunyai gerai menjual ikan di jeti Pantai Lanang,” katanya.

Katanya, laut yang terbentang luas pasti menimbulka­n kebimbanga­n, tetapi bagi nelayan ia adalah pengorbana­n yang harus mereka tempuhi dan dia juga tidak terkecuali berdepan saat mencemaska­n apabila bot dilanda ribut.

“Bagaimanap­un, faktor cuaca tidak menentu selain ombak kuat umpama alah bisa tegal biasa bagi kami. Supaya tidak terperangk­ap dalam ribut, kami meneliti tanda-tandanya seperti langit yang gelap atau paras air yang naik mendadak dan segera balik ke jeti.

“Selain ribut, kami juga berdepan masalah jerebu menyebabka­n pandangan terhad. Situasi ini amat berbahaya kerana bot nelayan boleh berlanggar sesama sendiri,” katanya.

Airul Azuan berkata, nelayan turut berdepan cabaran lain yang mengurangk­an hasil tangkapan mereka apabila kawasan habitat ikan dimusnahka­n atas nama pembanguna­n selain pencemaran.

“Misalnya, suatu masa dulu kami banyak meraih pendapatan hasil tangkapan udang galah setiap kali musim hujan. Kami mampu memperoleh antara 20 hingga 30 kilogram udang galah untuk setiap tangkapan.

“Udang galah adalah hidupan air yang mudah sensitif dan memerlukan persekitar­an air bersih untuk hidup. Tetapi, udang galah mula berkuranga­n sejak dua hingga tiga tahun lalu kerana habitatnya musnah akibat pencemaran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AIRUL AZUAN bersama tangkapan ikan di gerai
miliknya.
AIRUL AZUAN bersama tangkapan ikan di gerai miliknya.
 ??  ?? BERSAMA keluarga pada hari raya.
BERSAMA keluarga pada hari raya.
 ??  ?? JIKA tidak ke laut, Airul Azuan akan
membaiki jala.
JIKA tidak ke laut, Airul Azuan akan membaiki jala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia