Harian Metro

Pilihan lauk nasi kukus

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Nasi kukus antara menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira usia dan bangsa. Makanan yang popular dari pantai timur itu lazimnya disaji bersama kuah gulai, sambal belacan, hirisan timun dan ayam goreng berempah.

Bagaimanap­un, restoran Nasi Kukus Sotong Besar (NKSB) menawarkan variasi lauk untuk dinikmati bersama nasi kukus. Sotong goreng tepung bersaiz XL, kambing bakar diperap bersama sos kicap lada hitam, ayam bakar ala Hong Kong dan sup kambing 25 rempah antara lauk melengkapk­an set nasi kukus.

Pemilik restoran, Othman Hussin, 36, berkata, kebanyakan lauk nasi kukus yang ditawarkan adalah menu biasa yang menjadi kegemaran semua orang, selain mudah diterima dan mendapat sambutan masyarakat.

“Bagaimanap­un, saya mengolah resipi asal kepada resipi sendiri supaya rasanya ada kelainan daripada yang biasa. Misalnya, sos kicap lada hitam untuk kambing bakar diolah semula dengan menambah beberapa bahan, selain perlu dimasak selama enam jam bagi mendapatka­n kuah manismanis pedas dan berempah.

“Resipi ayam bakar ala Hong Kong pula diperoleh daripada rakan yang pernah bekerja sebagai tukang masak di negara berkenaan, tetapi saya mengolah tahap kepedasann­ya supaya menepati cita rasa tempatan.

“Begitu juga sup kambing yang dimasak menggunaka­n 25 jenis rempah memberikan rasa, aroma dan keenakan yang tersendiri,” katanya yang mengusahak­an NKSB sejak tiga tahun lalu bersama isteri, Norhafiza Abdul Rahim.

Sotong goreng

tepung XL, kambing bakar, ayam bakar ala Hong Kong, sup kambing

25 rempah pelengkap set

nasi kukus

Othman sebelum ini menjual pakaian tetapi kini mengusahak­an restoran kerana minatnya yang mendalam terhadap masakan. Malah, beliau belajar sendiri memasak dan gemar mengolah sesuatu masakan itu dengan memberi nafas baharu.

“Setiap hari saya menyediaka­n kira-kira

500 sotong besar dan 250 kilogram daging kambing untuk dua cawangan NKSB di Shah Alam dan Klang.

“Selain nasi kukus, NKSB turut menawarkan lebih 20 menu lain seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi ayam, nasi air, mi celup dan char kuetiau. Kami juga menawarkan lebih 20 jenis minuman dan paling mendapat permintaan adalah teh ais istimewa, jus jagung dan air kelapa,” katanya.

Berkunjung ke NKSB pasti membuatkan pelanggan tidak dapat melupakan kelazatan aneka menu daripada resipi yang diubah suai. Wajib dikunjungi kerana harga makanan berpatutan bermula serendah RM6.50 hingga RM16.50 sangat berbaloi jika datang bersama keluarga dan mereka yang ingin mencuba nasi kukus.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO ?? OTHMAN dan Norhafiza di depan cawangan kedua NKSB di Kemuning Utama, Shah Alam.
FOTO OTHMAN dan Norhafiza di depan cawangan kedua NKSB di Kemuning Utama, Shah Alam.
 ??  ?? MENU ala carte nasi air dan mi celup.
MENU ala carte nasi air dan mi celup.
 ??  ?? SUP kambing 25 rempah.
SUP kambing 25 rempah.
 ??  ?? LAUK sotong dan kambing bakar bersama nasi kerabu.
LAUK sotong dan kambing bakar bersama nasi kerabu.
 ??  ?? AYAM bakar ala Hong Kong disediakan bersama nasi kukus atau nasi ayam.
AYAM bakar ala Hong Kong disediakan bersama nasi kukus atau nasi ayam.
 ??  ?? NASI kukus enak dimakan bersama sotong besar dan kambing bakar.
NASI kukus enak dimakan bersama sotong besar dan kambing bakar.
 ??  ?? TEH ais istimewa dapat permintaan tinggi.
TEH ais istimewa dapat permintaan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia