Harian Metro

Tahu Proton jenama Malaysia

- Anizazainu­din@ hmetro.com.my

Nishihama tunai syarat isteri untuk jalani kehidupan berumah tangga di negara asing

Sejurus keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-13 diumumkan, Masanori Nishihama memilih untuk berada di rumah kerana khuatir berlakunya aktiviti keganasan daripada pihak pembangkan­g.

Namun, nyata kebimbanga­nnya tidak berasas apabila rakyat Malaysia memulakan hari baharu seperti biasa tanpa kejadian tidak diingini.

Situasi ini membuatkan lelaki berasal dari Jepun ini menyedari bahawa kehidupan di Malaysia jauh lebih tenang dan masyarakat­nya berpendidi­kan.

Pernah menetap di Nepal selama 10 tahun atas tuntutan kerja, Masanori mengakui dia dan keluargany­a menikmati kehidupan yang tenang dan menyeronok­kan di tanah berdaulat ini.

1. Kali pertama anda menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Pada 2012, saya dan isteri berkunjung ke Malaysia buat kali pertama kerana sememangny­a menjadi impian isteri untuk menjalani kehidupan berumah tangga di negara asing.

Kami mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu dan syarat ditetapkan isteri untuk mengahwini­nya adalah berhijrah ke negara asing kerana kami pernah bersama-sama berkhidmat di Nepal sebelum ini.

Kuala Lumpur menjadi destinasi utama untuk berbulan madu dan mencari peluang pekerjaan baharu, sebagai penjaga khusus.

Lepas dua minggu di kota raya, kami ke Pulau Pinang yang akhirnya membuatkan saya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.

Kemudian, kami membuatkan keputusan untuk menetap di pulau mutiara selama setahun sebelum kembali ke Kuala Lumpur apabila teman menawarkan pekerjaan kepada saya. Kini, kami sudah memiliki dua cahaya mata dan masih lagi menikmati kehidupan yang selesa di negara bertuah ini.

2. Sejauh mana anda mengenali Malaysia sebelum ke sini?

Saya memiliki lesen profesiona­l sebagai penjaga di Jepun, oleh kerana isteri ingin berhijrah ke luar negara, saya melihat ia satu daripada profesion yang boleh diceburi.

Saya pernah ke

Chiang Mai, Thailand untuk membuat kajian penyelidik­an mengenai peluang kerjaya di sana.

Pada kunjungan berkenaan, baharulah saya mendengar nama Malaysia dan mengetahui ramai rakyat Jepun memilih negara ini sebagai destinasi popular sebaik bersara.

Selain itu, saya mengetahui jenama Proton kerana Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mengeluark­an kereta nasional sendiri di rantau Asia Tenggara.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Sebenarnya jika dibandingk­an dengan kehidupan saya selama 10 tahun di Nepal, perjalanan hidup yang dicipta sepanjang di Malaysia jauh lebih selesa dan menyeronok­kan.

Malah tidak keterlalua­n Malaysia memiliki sedikit persamaan dengan Jepun dari segi infrastruk­tur, sistem pengangkut­an dan pentadbira­n yang lebih tersusun.

Cabaran paling utama sebagai penggemar sukan basikal dan menjadikan basikal sebagai kenderaan berulang-alik ke pejabat, rakyat Malaysia kurang memiliki sifat tolak-ansur ketika di jalan raya hingga boleh mendatangk­an bahaya kepada pengguna lain.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Berbanding Jepun, Malaysia sangat mesra kanak-kanak. Jika anak menangis di tempat awam sama ada restoran mahupun dalam pengangkut­an awam, tiada sesiapa akan memarahi kami sekeluarga.

Rakyat Malaysia jauh lebih bertoleran­si, sekadar memandang dan mengukir senyuman kerana mereka lebih memahami tingkah laku kanak-kanak.

5. Lokasi pilihan anda?

Batu Arang, Selangor adalah destinasi pilihan untuk berbasikal dan taman Mont Kiara.

6. Sajian tempatan kegemaran anda?

Nasi dagang ikan, nasi kerabu dan makanan bersantan lain.

Selain itu, saya juga menyukai roti buatan Malaysia yang mempunyai kualiti dan tekstur lembut seperti di Jepun.

7. Malaysia pada mata anda?

Malaysia menawarkan banyak peluang baharu, jadi ia kesempatan terbaik buat saya. Selain itu, saya juga tidak memiliki perancanga­n untuk pulang ke Jepun dalam masa terdekat.

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Masanori Nishihama
LAHIR: 30 Ogos 1969 ASAL: Kobe, Jepun KERJAYA: Pengurus KEDIAMAN: Damansara, Selangor
PROFIL NAMA: Masanori Nishihama LAHIR: 30 Ogos 1969 ASAL: Kobe, Jepun KERJAYA: Pengurus KEDIAMAN: Damansara, Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia