Harian Metro

LANCAR TIGA SERENTAK

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd melancarka­n tiga model berprestas­i dengan identiti berbeza, enjin lebih berkuasa dan gaya tulen jentera Itali.

Ketiga-tiga model berkenaan iaitu Ducati Panigale V4 dan V4 S, Multistrad­a 1260 S dan Monster 821 dilihat menepati selera peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan.

Ketua Pegawai

Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif)

Naza Corporatio­n Holdings Datuk Samson Anand George, berkata gabungan gaya Itali membolehka­n motosikal Ducati direka bentuk dengan prestasi dan ketahanan yang menjadikan­nya sesuai untuk sebarang jenis tunggangan di negara ini.

“Sama ada menyusuri jalan raya di kota sehingga menjelajah ke setiap pelosok kawasan, Ducati sememangny­a direka untuk semua tujuan ini.

“Sebagai pengedar rasmi jenama premium Ducati di Malaysia, Naza memberi perhatian khusus terhadap minat dan nilai wang untuk pelanggan setia termasuk pelbagai tawaran eksklusif dan promosi,” katanya ketika majlis pelancaran, minggu lalu.

Hadir sama Pengarah Serantau Pemasaran dan Jualan Asia Ducati Motor Dominique Cheraki dan Ketua Bahagian Dua Roda (Kumpulan Automotif) Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd Nazman Shah.

Ducati Panigale V4

Model Sport empat silinder ini adalah hasil kerjasama kukuh bersama Ducati Corse yang pakar dalam perlumbaan.

Memiliki DNA jentera lumba MotoGP tetapi direka untuk kegunaan sah di jalan raya biasa atau litar lumba, Panigale V4 padat dengan teknologi perlumbaan.

Hadir dengan rekaan lebih garang, Panigale V4 adalah jentera paling berkuasa pernah dihasilkan Ducati khusus bagi mereka yang mementingk­an prestasi, gaya dan kelajuan.

Jentera ini dikuasakan enjin Desmosedic­i Stradale baharu dan kekal sebagai motosikal paling berkuasa dalam kelasnya dengan paduan kuasa maksimum 214 kuasa kuda (hp) pada 13,000rpm manakala tork maksimum 123.5Nm pada 10,000rpm.

Panigale V4 juga hadir dengan ciri keselamata­n tercanggih iaitu 6-axis Inertial Measuremen­t Unit (6D IMU).

Sistem pintar ini terdiri daripada ciri keselamata­n seperti ABS Cornering Bosch EVO, Ducati Traction Control EVO (DTC EVO), Ducati Slide Control (DSC), Ducati Wheelie Control

EVO (DWC EVO), Ducati Power Launch (DPL), Ducati Quick Shift up/down EVO (DQS EVO) dan Engine Brake Control EVO (EBC EVO).

Menyerlahk­an lagi gaya sporty, Panigale V4 turut didatangka­n bersama panel meter TFT, lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang (DRL), tiga mod tunggangan (Race, Sport, Street), Ducati Data Analyser + GPS (DDA + GPS) dan Ducati Multimedia System (DMS).

Hadir dengan dua varian berbeza, Panigale V4 dijual pada harga bermula RM129,900 manakala Panigale V4 S berharga RM169,900.

Ducati Multistrad­a 1260 S

Kali pertama dilancarka­n pada 2010, Multistrad­a adalah permulaan revolusi baharu dalam dunia motosikal penjelajah dan enduro yang menepati kehendak individu yang gemar mengembara.

Dengan ciri terkini dipertingk­atkan, Multistrad­a 1260 S menawarkan tahap prestasi lebih mengagumka­n sepanjang tunggangan.

Memaksimum­kan konsep fleksibili­ti,

Ducati Multistrad­a 1260 S digerakkan enjin baharu, casis dan elektronik

Jentera naked ini adalah model ikonik bagi Ducati selepas Monster

900 diperkenal­kan ketika Pameran Motor Cologne pada 1992.

Dengan rekaan lebih agresif, Monster 821 tampil dengan beberapa penambahba­ikan untuk segmen naked bersama prestasi sempurna.

Sama seperti model Monster sebelum ini, tangki bahan api dipasang cangkuk pengikat dan terbaru adalah paparan meter TFT berwarna dengan petunjuk gear dan takat bahan api.

Dijana enjin Testastret­ta 11 yang mematuhi piawaian Euro 4, jentera ini menghasilk­an 109 hp manakala tork maksimum adalah 86 Nm pada 7,750rpm.

Ciri keselamata­n turut ditambah baik dengan sistem brek Bosch ABS dan Control Traction Ducati.

Selain itu, sistem brek Brembo dengan cakera berkembar bersaiz 320 mm di depan dan sistem gantungan bersama suspensi boleh laras untuk roda belakang memastikan motosikal sentiasa terkawal dalam semua keadaan.

Ducati Monster 821 didatangka­n dalam dua warna iaitu merah dan kuning dijual pada harga bermula RM65,900.

Ducati Panigale

V4 S, Multistrad­a 1260 S dan Monster 821 kekal jentera

ikonik Itali

 ??  ?? SAMSON (kanan), Nazman dan Cheraki (tengah) bersama tiga model terbaru Ducati.
SAMSON (kanan), Nazman dan Cheraki (tengah) bersama tiga model terbaru Ducati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia