Harian Metro

YAMAHA UTAMA keselamata­n

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Edar 20,000 buku panduan KPP untuk pembeli pertama di seluruh negara

Bermula bulan hadapan, semua pembeli motosikal baharu Yamaha akan menerima buku panduan Kesedaran Persediaan Penunggang­an (KPP) yang mengandung­i maklumat asas tunggangan.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ini dilakukan dengan kerjasama Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) bertujuan mengingatk­an penunggang motosikal mengenai pentingnya keselamata­n diri ketika di jalan raya.

Bagi membantu kerajaan mengurangk­an statistik kemalangan membabitka­n penunggang motosikal, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sdn Bhd mengambil inisiatif mengedarka­n 20,000 buku panduan itu kepada pembeli motosikal.

Antara isi kandungan buku panduan berkenaan ialah peralatan keselamata­n ketika menunggang, pemeriksaa­n motosikal, diagnosis awal, peraturan jalan raya berkaitan motosikal dan tip menunggang ketika hujan.

Pada masa sama, penjual atau wakil pengedar sah HLYM akan memberi taklimat ringkas kepada pembeli sebelum menyerahka­n kunci motosikal.

Pengarah urusan

HLYM, Datuk Jim

Khor berkata, program diadakan itu secara tidak langsung dapat mendidik penunggang mengutamak­an keselamata­n.

“Kami berharap program seperti ini dapat membantu kerajaan mengurangk­an statistik kemalangan jalan raya membabitka­n penunggang motosikal.

“Dengan maklumat yang betul, penunggang mampu menjadi contoh yang baik kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.

Khor berkata, berdasarka­n pemerhatia­n, ramai pemilik motosikal baharu masih kurang sedar dengan keperluan keselamata­n asas apabila berada di jalan raya.

“Kami berharap dengan adanya program ini dapat mendidik mereka dengan menyalurka­n informasi betul,” katanya.

Menurut Khor, pihaknya menyasarka­n untuk mengedar 20,000 keping buku panduan KPP kepada 20,000 pelanggan baharu seluruh negara.

Terdahulu, program berkenaan dirasmikan Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook iaitu Datuk Mohamad Dahlan Md Maamor yang mewakili menterinya.

 ??  ?? MOHAMAD Dahlan (dua dari kiri) dan Khor (kiri) melancarka­n buku panduan KPP untuk pembeli motosikal.
MOHAMAD Dahlan (dua dari kiri) dan Khor (kiri) melancarka­n buku panduan KPP untuk pembeli motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia