Harian Metro

CEGAH PRODUK TIRUAN

-

Bagi mengelak penularan produk tiruan, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkena­lkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baharu bagi produk Shell Helix tulen yang rasmi untuk dijual di pasaran tempatan.

Label berkenaan akan ditampilka­n pada lima produk Shell Helix terlaris iaitu Shell Helix Ultra 5W 40 (4L), HX7 10W 40 (4L), HX7 5W 30 (4L), HX5 10W 30 (3L) dan HX5 15W 40 (4L).

Kelima-lima produk

Shell Helix itu kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain, berkata langkah itu adalah pelaburan strategik syarikat untuk melindungi kepentinga­n pemilik kereta dan rakan niaga dengan membolehka­n mereka mengenalpa­sti produk tulen.

“Kewujudan produk palsu dan tidak sah di pasaran menjejaska­n keyakinan pelanggan dan membawa kesan negatif terhadap perniagaan rakan niaga kami. “Pengecaman produk dengan jelas melalui label khas adalah langkah penting untuk menangani isu ini,” katanya ketika pelancaran oleh Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo.

Shairan berkata, tiada sebarang perubahan kepada formulasi minyak enjin Shell Helix yang dibuat untuk Malaysia dan pelanggan masih menikmati prestasi enjin terunggul walaupun dalam keadaan pemanduan lasak.

“Pengenalan produk Shell Helix dengan label khas ini masih berterusan dan dijangka disempurna­kan menjelang Januari tahun hadapan.

“Dalam tempoh peralihan, produk rasmi Shell Helix tulen dengan label lama masih berada di pasaran dan boleh disahkan ketulenann­ya menerusi kod produk pada label,” katanya.

Terdahulu, label baharu di bahagian hadapan boleh dikupas untuk mendedahka­n kod QR unik untuk pengesahan ketulenan produk dengan segera manakala label di belakang menampilka­n maklumat dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Kod QR juga membolehka­n pendaftara­n mudah untuk program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE) yang memberikan pelbagai ganjaran kepada pelanggan termasuk bonus pendaftara­n, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Minyak enjin rasmi

Shell Helix yang tulen bagi pasaran tempatan boleh dibeli dari bengkel berjenama Shell Helix, bengkel terpilih dan cawangan stesen runcit Shell.

Produk ini juga boleh didapati melalui kedai dalam talian (online) rasmi Shell Malaysia di Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan stesen runcit Shell Helix berdaftar yang berhampira­n, layari www.shell.com.my/helix atau hubungi khidmat pelanggan Shell di 1300 88 1808.

 ??  ?? LABEL khas untuk pasaran tempatan.
LABEL khas untuk pasaran tempatan.
 ??  ?? SHELL Helix HX7 5W 30.
SHELL Helix HX7 5W 30.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia