Harian Metro

WESTSTAR PERKENAL MAXUS V80

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Kenderaan pengangkut­an sangat penting bagi memastikan setiap perniagaan dilakukan berjalan lancar.

Bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin pesat, Weststar Maxus Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan jenama Maxus di negara ini melancarka­n Maxus

V80 dengan reka bentuk fleksibili­ti terbaik.

Ini termasuk penggunaan ruang paling tinggi, jarak kelegaan tanah dan ketinggian dalaman terbaik berbanding van komersial lain.

Ia juga berjaya melepasi ujian kenderaan jalan raya ECE paling ketat di dunia yang dilakukan dalam keadaan paling buruk termasukla­h suhu sejuk dan panas terlampau selain diuji pada altitud tinggi.

Dengan sokongan serta sumber global syarikat automotif terbesar China, SAIC Automotive Co Ltd, Maxus V80 mengguna pakai bahagian dan komponen daripada pembekal komponen ternama dunia.

Fleksibili­ti van panel Maxus V80 membolehka­n pengubahsu­aian dan transforma­si dilakukan terhadapny­a untuk dijadikan sebagai pejabat bergerak, trak makanan serta dapur, ambulans, perpustaka­an bergerak, kenderaan penghantar­an dan galeri pameran jualan bergerak.

Sementara itu, varian van bertingkap Maxus

V80 direka bentuk sebagai kenderaan pengangkut­an bersaiz penuh apabila mampu memuatkan 15 penumpang dengan selesa.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Weststar, Datuk Vikram Menon berkata, pihaknya sedang giat melaksanak­an transforma­si dan komited meningkatk­an jurang kualiti dengan membina kenderaan mampu milik dan cekap bahan api pilihan pengguna di seluruh Asia.

“Van komersial Maxus V80 baharu didatangka­n dengan beberapa ciri dipertingk­atkan dan mempunyai ruang sangat luas.

“Ia mempunyai segala ciri yang menjadikan­nya sebagai van komersial yang bernilai untuk wang dan sememangny­a ‘Built to Work’,” katanya ketika pelancaran Pusat 3S Westar Maxus di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Vikram berkata, dalam pasaran kenderaan komersial hari ini yang sarat dengan kenderaan komersial dan pengangkut­an pelbagai guna dijual pada harga tinggi, Maxus V80 sememangny­a paling menonjol berbanding pesaing lain.

“Weststar Maxus turut merancang untuk melancarka­n Maxus V80 versi elektrik sepenuhnya dikenali sebagai EV80 dalam tempoh terdekat sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau syarikat.

“Cadangan ini benarbenar melambangk­an kesungguha­n

Weststar Maxus untuk mengurangk­an jejak karbon dan pada masa sama, mengeluark­an kenderaan berfungsi sepenuhnya dengan kos operasi sangat kompetitif,” katanya.

Antara syarikat yang menggunaka­n Maxus V80 termasukla­h DHL, Eco Coach Travel and Tours, Federal Express dan FFMMassimo selain agensi kerajaan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, kemajuan ekonomi di wilayah utara menjadi antara faktor utama mendorong Westar Maxus membuka Pusat 3S di Bukit Mertajam.

Pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti itu dilaksanak­an bagi memberi khidmat sokongan diperlukan kepada pelanggan sedia ada dan akan datang di utara.

“Pusat 3S terbaharu itu akan dijadikan hub Weststar Maxus di wilayah utara bagi menyediaka­n perkhidmat­an berkualiti untuk pelanggann­ya sekitar Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Syarikat menjangkak­an jualannya akan meningkat sekurang-kurangnya 30 peratus dengan perluasan rangkaian produk dan pakej perkhidmat­an serta kempen promosi menarik,” katanya.

Menurut Vikram, pihaknya sedang melakukan satu lonjakan besar untuk menjadi pemain utama dalam industri automotif tempatan.

“Komponen perkhidmat­an selepas jualan adalah sebahagian pelan mengembang­kan jenama Weststar Maxus.

“Kami juga sedang merancang untuk membuka satu lagi pusat 3S di Alor Setar, Kedah pada masa akan datang bagi mengukuhka­n kehadiran Weststar Maxus di wilayah utara,” katanya.

Terdahulu, sempena pelancaran Maxus V80 baharu, Weststar Maxus menawarkan insentif menarik iaitu servis percuma 150,000 kilometer (km) dengan tiga tahun waranti kepada pembeli model berkenaan.

 ??  ?? PUSAT 3S Weststar Maxus di Bukit Mertajam tawar kemudahan terbaik kepada pelanggan.
PUSAT 3S Weststar Maxus di Bukit Mertajam tawar kemudahan terbaik kepada pelanggan.
 ??  ?? VIKRAM (kanan) dan wakil Weststar Maxus bersama model V80 baharu.
VIKRAM (kanan) dan wakil Weststar Maxus bersama model V80 baharu.
 ??  ?? PUSAT khidmat bergerak untuk pelanggan.
PUSAT khidmat bergerak untuk pelanggan.
 ??  ?? RUANG pameran Pusat 3S Weststar Maxus di Bukit Mertajam.
RUANG pameran Pusat 3S Weststar Maxus di Bukit Mertajam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia