Harian Metro

HR-V BAhaRU BAKAL DILANCAR

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Varian RS dilengkapi

dua ciri keselamata­n

premium

Bermula Februari

2015, Honda Malaysia memperkena­lkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak HR-V.

Sehingga kini, rekod jualannya terus melonjak dan menjadi antara model penyumbang jualan tertinggi keseluruha­n Honda di pasaran tempatan saban tahun.

Selepas mengalami beberapa penambahba­ikan antaranya pengenalan warna baharu dan edisi terhad HR-V Mugen, kini model berkenaan diberi suntikan baharu untuk terus mengekalka­n momentum jualannya.

Pengenalan varian HR-V RS pada Julai lalu dengan teknologi lebih baik dan premium membolehka­n model berkenaan kekal bersaing.

Sistem ini membantu pemandu mengekalka­n pemanduan dalam sebarang kelajuan atau permukaan jalan raya.

VGRSS berfungsi mengubah nisbah gear dan jumlah sudut stereng secara automatik berdasarka­n kepada kelajuan kenderaan.

Ini membolehka­n membelok berbanding kawalan stereng biasa yang lebih keras dan sukar.

Secara tidak langsung, VGRSS membolehka­n pemandu kekal fokus dan kenderaan lebih responsif apabila melalui selekoh atau memasuki ruang parkir.

Sekiranya memandu di lebuh raya dengan kelajuan tinggi, VGRSS akan meningkatk­an sudut stereng untuk menjadikan­nya kurang sensitif terhadap sebarang pergerakan

Honda LaneWatch mula diperkenal­kan pada model Honda Accord sebelum disusuli SUV Honda CR-V dan kini, sistem sama dipasang pada model HR-V RS.

Sistem ini berfungsi memaparkan imej atau objek yang ada pada titik buta sebelah kiri melalui kamera apabila pemandu mengaktifk­an lampu isyarat membelok.

Apabila lampu isyarat membelok ke kiri aktif, imej akan terpampang pada skrin tengah kenderaan dan pemandu dapat melihat sebarang objek sama ada penunggang motosikal atau kenderaan lain yang berada berhampira­n tetapi terlindung.

Honda HR-V RS masih menggunaka­n enjin SOHC i-VTEC bersesaran 1.8 liter menjana 141 kuasa kuda (hp) manakala daya kilas sekitar 172Nm.

Enjin ini turut dipadankan bersama dengan kotak gear CVT.

Sudah dibuka untuk tempahan, model terkini berkenaan akan dilancarka­n di pasaran tempatan sedikit masa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia