Harian Metro

Derita si manja

- Aniza Zainudin anizazainu­din@ hmetro.com.my

Selepas insiden kemalangan, kanser dikategori­kan penyebab utama kematian kanakkanak setiap tahun.

Merujuk kepada data diberikan, kira-kira 12,000 kes kanser baru dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, manakala Malaysia pula mencatatka­n sebanyak 750 kes kanakkanak didiagnosi­s sebagai pesakit kanser dalam tempoh yang sama.

Badan manusia terdiri daripada lebih ratusan juta sel dan kanser terjadi apabila berlakunya perubahan dalam satu sel atau sekumpulan kecil sel.

Secara normal, tubuh manusia mempunyai bilangan setiap jenis sel yang tepat kerana sel ini berfungsi menghasilk­an isyarat untuk mengawal jumlah serta kekerapan sel ini membahagi.

Sekiranya isyarat ini mengalami gangguan atau rosak, sel mula berkembang ataupun dihasilkan terlalu banyak hingga membentuk ketulan disebut tumor.

Segelintir kanser seperti leukemia bermula daripada sel darah, namun tidak membentuk tumor pepejal, sebaliknya sel kanser ini membina darah ataupun sumsum tulang.

Dikatakan terdapat lebih 200 jenis kanser, penyakit pertumbuha­n sel abnormal tidak terkawal ini turut diklasifik­asikan mengikut jenis organ atau sel tisu yang terjejas.

Pakar Perunding Pediatrik, Hematologi dan Onkologi, Dr Eni Juraida Abdul Rahman berkata, kebanyakan kes kanser dalam kalangan kanakkanak tidak diketahui puncanya.

Namun, penyakit ini sering kali dikaitkan dengan perubahan asid deoksiribo­nukleik (DNA) dalam sel pada awal kelahiran, malah sebahagian kes sebelum bayi berkenaan dilahirkan.

Beliau turut mengakui faktor gaya hidup dan persekitar­an tidak menyebabka­n kanser kepada kanak-kanak kerana pada umur semuda itu, pendedahan kepada dua faktor itu terlalu sedikit.

 ??  ??
 ??  ?? LEUKEMIA kanser popular dalam kalangan kanak-kanak.
LEUKEMIA kanser popular dalam kalangan kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia