Harian Metro

Leukemia, otak, CNS paling popular

-

“Kanser dalam kalangan kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis kanser hematologi dan tumor berbentuk pepejal.

“Kanser hematologi juga dikenali sebagai kanser darah kerana ia bermula daripada pembentuka­n tisu darah seperti sumsum tulang dan sel sistem imun. Leukemia dan limfoma antara jenis barah hematologi.

“Manakala tumor pepejal sering berlaku di bahagian otak, hati seperti hepatoblas­toma (ketumbuhan pada hati), ginjal (tumor Wilm), tulang (osteosarko­ma atau kanser tulang), kelenjar adrenal (neuroblast­oma), retina (retinoblas­toma) dan otot rangka (rabdomiosa­rkoma).

“Antara jenis kanser paling popular dalam kalangan kanak-kanak atau bayi adalah leukemia, otak dan sistem saraf pusat (CNS), limfoma, saraf (neuroblast­oma), tulang, tisu (sarcoma), buah pinggang dan retinoblas­toma,” katanya dalam kempen kesedaran kanser kanak-kanak, barubaru ini.

Dr Eni Juraida turut menyenarai faktor risiko berlakunya kanser kanakkanak adalah genetik yang merangkumi bilangan kromosom abnormal seperti sindrom Down dan penyakit genetik luar biasa.

Faktor lain termasuk masalah kekurangan daya tahan sistem imunisasi sejak lahir, jangkitan virus seperti hepatitis B dan C bagi kanser hati manakala Epstein

Barr Virus (EBV) dalam limfoma Burkitt, limfoma Hodgkin dan barah hidung nasofaring­eal karsinoma (NPC).

Selain pendedahan kepada radiasi, kehamilan pada usia lewat turut dikaitkan dengan peningkata­n risiko kebanyakan jenis kanser kanak-kanak.

Merujuk kepada neurofibro­matosis, ia adalah gangguan genetik yang menyebabka­n tumor terbentuk pada tisu saraf dan merebak ke mana saja dalam sistem saraf manusia termasuk otak dan saraf tunjang, biasanya didiagnosi­s ketika kanak-kanak mahupun dewasa.

Jelas Dr Eni Juraida, neurofibro­matosis ini mampu memberi kesan terhadap seluruh tubuh termasuk bahagian kepala (sawan, sakit kepala, barah otak, kecacatan saluran darah otak, terencat akal dan kepala bersaiz besar), masalah mata, pertuturan, tekanan darah tinggi, pigmentasi kulit skoliosis, masalah saluran penghadama­n serta kecacatan tulang.

“Sebenarnya sukar untuk ibu bapa mengenal pasti kehadiran kanser pada anak mereka kerana ketiadaan gejala pada fasa awal. Kemungkina­n tanda yang ada menyerupai penyakit kanak-kanak biasa seperti jangkitan dan kecederaan hingga mengakibat­kan kelewatan diagnosis.

“Sebagai contoh demam denggi, selepas dua hingga tiga minggu, bacaan platlet darah seharusnya kembali normal. Sekiranya berterusan, ibu bapa perlu mengambil tindakan susulan kerana tidak mustahil anak itu mempunyai masalah kesihatan lain.

“Disarankan ibu bapa merujuk kes anak ke unit onkologi paediatrik untuk menjalani ujian klinikal seperti ujian darah, sinar X, sumsum tulang dan biopsi tisu.

“Sebaik jenis kanser dikenal pasti, peringkat seterusnya adalah mengetahui tahap berapa kanser itu dan sejauh mana ia merebak? Tidak dinafikan, apabila anak disahkan menghidap kanser pastinya ia memberi tekanan emosi kepada ibu bapa, malah situasi sama turut dialami pesakit dan anak yang lain.

“Ibu bapa perlu mendapatka­n rundingan kaunseling untuk memahami dan memberi persetujua­n terhadap jenis rawatan bakal dilaksanak­an.

“Dalam masa sama, keluarga digalakkan menjalani terapi demi memberi sokongan fizikal, emosional dan kewangan,” jelasnya.

Rawatan kanser diberikan bergantung kepada jenis dan peringkat seperti kemoterapi, pembedahan, radioterap­i mahupun gabungan dua atau tiga jenis rawatan berkenaan.

Menurut Dr Eni Juraida, kanser kanak-kanak boleh dirawat dan berpotensi besar sembuh kerana kadar kelangsung­an hidup selama lima tahun sebanyak 80 peratus bergantung kepada jenis kanser dihidapi.

Selain itu, beliau mengakui kanser dalam kalangan kanak-kanak memberi respons positif terhadap rawatan diterima terutama kemoterapi.

Justeru, kerjasama rapat antara keluarga dan doktor sangat digalakkan.

Selain radiasi,

hamil pada usia lewat turut dikait dengan risiko kanser kanak-kanak Kanser dalam kalangan kanakkanak terbahagi kepada dua jenis kanser hematologi dan tumor berbentuk pepejal

 ??  ??
 ??  ?? NEUROFIBRO­MATOSIS mampu merebak ke sistem saraf manusia.
NEUROFIBRO­MATOSIS mampu merebak ke sistem saraf manusia.
 ??  ?? TUMOR sistem saraf pusat (CNS).
TUMOR sistem saraf pusat (CNS).
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia