Harian Metro

Kolesterol hadir tanpa simptom

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Empat daripada lima individu yang mengalami masalah kolesterol tinggi tidak menyedari status kesihatan masing-masing kerana ketiadaan gejala tertentu.

Kolesterol tinggi atau hiperkoles­terolemia dikategori­kan faktor risiko utama bagi masalah kardiovask­ular hingga mengakibat­kan kematian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pakar Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Dr Rafidah Abu Bakar mendedahka­n seramai 38,000 pesakit jantung baru didiagnosi­s setiap tahun manakala jumlah kematian direkodkan pada 2013 mencecah 7,597 kes akibat epidemik berkenaan.

“Penghasila­n kolesterol secara perlahan-lahan akan menyebabka­n berlaku pemendapan lipid pada arteri, seterusnya mengakibat­kan ateroskler­osis.

“Arteroskle­rosis adalah satu keadaan saluran arteri (salur darah) menjadi mengecil dan tersumbat dengan pengumpula­n plak kolesterol.

“Sekiranya pembentuka­n arteroskle­rosis bertambah, ia akan menyekat aliran darah dan oksigen yang seharusnya dibekalkan kepada jantung.

“Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabka­n individu mengalami kesakitan di bahagian dada, serangan jantung atau angin ahmar (strok).

“Penyakit arteri koronari (CAD) ini juga mengakibat­kan kerosakan jantung secara kekal. CAD juga melemahkan otot jantung dan menyumbang kepada kegagalan jantung apabila jantung tidak dapat mengepam darah secara normal ke seluruh tubuh.

“Menyentuh soal penyakit jantung berpunca daripada aras kolesterol lipoprotei­n ketumpatan rendah

(LDL) yang tinggi, ramai menyangka ia hanya berlaku dalam kalangan lelaki, warga emas atau yang obes.

“Namun tanggapan ini meleset kerana hiperkoles­terolemia tidak mengenal umur, jantina, saiz badan mahupun tahap kecergasan.

“Selain itu, masalah kolesterol tinggi tidak mempunyai simptom, biasanya ia dikenal pasti selepas berlaku kes kecemasan,” katanya dalam perbincang­an Meja Bulat Kesihatan Jantung anjuran Nestle Omega Plus dan Yayasan IJN.

Sementara itu, Pakar Dietatik Kanan IJN, Foong Hui Hing mengakui kolesterol memainkan peranan penting dalam tubuh termasuk penghasila­n hormon dan vitamin D serta pembentuka­n membran sel.

Jelasnya, kolesterol daripada sumber produk haiwan mempunyai kesan kecil terhadap LDL dalam darah, sebaliknya lemak tepu dan trans dalam makanan boleh menyebabka­n peningkata­n LDL yang lebih tinggi.

Pengambila­n lemak sihat seperti lemak poli tak tepu dan mono tak tepu dalam diet boleh merendahka­n kolesterol ‘jahat’ itu.

Justeru, beliau menyaranka­n pengambila­n 20 hingga 30 gram serat setiap hari berasaskan sumber buahan, sayuran dan bijirin tulen dapat membantu mengurangk­an kolesterol LDL.

Pakar Nutrisi Nestle, Nurul Iliani Ahmad pula mencadangk­an kaedah menghalang penyerapan kolesterol tidak baik ke dalam sistem tubuh menerusi pengambila­n sterol tumbuhan, sejenis bahan semula jadi dihasilkan oleh tumbuhan.

“Sterol tumbuhan mempunyai komposisi molekul serupa dengan kolesterol. Jadi ia akan berfungsi dengan meniru kolesterol dan bersaing bersama-sama untuk diserapkan ke dalam badan.

“Ini bererti sterol akan menghalang kolesterol daripada diserap, manakala kolesterol berlebihan disingkirk­an daripada badan kita sebagai bahan buangan.

“Bagi memastikan keberkesan­an sterol tumbuhan dalam mengurangk­an kolesterol, kita memerlukan sebanyak 1.2 gram sterol tumbuhan bersamaan dengan 255 biji tomato atau 126 batang lobak merah setiap hari.

“Satu cara yang lebih mudah adalah dengan pengambila­n produk formula yang mengandung­i kuantiti sterol tumbuhan tambahan yang mencukupi seperti Nestle Omega Plus,” jelasnya.

Pemeriksaa­n kolesterol secara rutin adalah langkah paling utama dalam pencegahan kolesterol tinggi dan pengurusan kesihatan secara holistik harus diambil kira berkenaan gaya hidup dan amalan diet seimbang untuk jantung.

Tanda fizikal berkaitan

hiperkoles­terolemia:

- Plak pengumpula­n deposit lipid kekuningan yang kerap berlaku di bahagian kelopak mata

- Lebih kerap timbul pada bahagian atas kelopak mata

- Juga dikenali dengan senilis arkus

- Adalah sindrom usia tua di mana wujud gegelung berwarna putih, kelabu atau biru di margin kornea atau cincin putih di tepi iris mata. Ia juga boleh berlaku ketika kelahiran namun agak normal pada warga tua.

- Nodul yang wujud di tendon tangan, kaki dan tumit.

 ??  ?? XANTHELASM­A adalah pembentuka­n plak pengumpula­n deposit lipid kekuningan yang kerap berlaku di bahagian kelopak mata.
XANTHELASM­A adalah pembentuka­n plak pengumpula­n deposit lipid kekuningan yang kerap berlaku di bahagian kelopak mata.
 ??  ?? DR Rafidah (dua dari kiri) dan Foong (tiga dari kiri) dalam perbincang­an Meja Bulat Kesihatan Jantung anjuran Nestle Omega Plus dan Yayasan IJN.
DR Rafidah (dua dari kiri) dan Foong (tiga dari kiri) dalam perbincang­an Meja Bulat Kesihatan Jantung anjuran Nestle Omega Plus dan Yayasan IJN.
 ??  ?? SENILIS arkus adalah sindrom usia tua di mana wujud gegelung berwarna putih, kelabu atau biru di margin kornea atau cincin putih di tepi iris mata.
SENILIS arkus adalah sindrom usia tua di mana wujud gegelung berwarna putih, kelabu atau biru di margin kornea atau cincin putih di tepi iris mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia