Harian Metro

Bantu tangani

-

Cara pemakanan yang cenderung kepada berminyak, bergula dan tinggi kalori menyumbang kepada peningkata­n diabetis bagi mereka yang obesiti.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

2015 mendapati 3.5 juta atau 17.5 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetis disebabkan gaya hidup, sedangkan 70 peratus daripada penghidap boleh mengelak penyakit itu dengan mengubah gaya pemakanan.

Pengurusan diabetis yang efektif amat penting bagi membendung penyakit ini daripada terus berleluasa.

Untuk membantu masyarakat membendung penyakit ini, Abbott memperkena­lkan makanan tambahan Glucerna® yang diformulas­i khas untuk mereka yang mempunyai diabetis.

Ia direka khusus berdasarka­n indeks glisemik (GI) untuk membantu menguruska­n diabetis. Diet rendah GI, secara keseluruha­nnya membantu mengurangk­an kadar gula dalam darah.

Glucerna® adalah satu daripada jenama nutrisi khusus yang menjalani kajian klinikal yang disokong oleh penyelidik­an selama 28 tahun.

Ia memberikan tindak balas glukosa lebih baik berbanding standard formula nutrisi yang mengurangk­an penggunaan ubat diabetis selain mendapat keputusan lebih baik dalam pengurusan berat badan.

Pesakit yang mempunyai masalah diabetis boleh menjadikan Glucerna® Triple Care™ sebagai makanan sampingan antara waktu makan atau sebagai minuman waktu pagi.

Cara ini dapat menyokong pengurusan berat badan sekiranya dijadikan sebagai sajian gantian.

Glucerna® Triple Care™ boleh didapati dalam perisa vanila dan coklat dalam tin 400 gram manakala untuk berat 850 gram disediakan dalam perisa vanila. warga emas akan memberi perhatian lebih kepada senarai ubat yang dipreskrip­sikan.

Pemberian ubatan akan disaring, ketika mana ubat yang berpotensi menyebabka­n jatuh akan dikenal pasti lebih awal dan kombinasi beberapa jenis ubat berisiko jatuh akan cuba dielakkan demi keselamata­n pesakit.

Pesakit warga emas dan ahli keluarga juga akan diberi kaunseling oleh ahli farmasi mengenai risiko pengambila­n ubatan yang boleh menyebabka­n insiden jatuh. Mereka akan diberikan penerangan mengenai cara dan masa pengambila­n ubat yang betul bagi mengurangk­an risiko jatuh.

Sebagai contoh, ubat tekanan darah tinggi perlu diambil pada masa yang sama setiap hari bagi mengelakka­n risiko penggandaa­n dos, seterusnya menyebabka­n tekanan darah pesakit menjadi terlalu rendah.

Persekitar­an rumah dan ruangan berhampira­n pesakit warga emas perlu diawasi supaya tidak cenderung menyebabka­n pesakit jatuh. Halangan fizikal seperti permukaan lantai tidak sekata atau licin, kawasan bertangga, kedudukan perabot dan kelengkapa­n rumah perlu diambil perhatian dan dijauhkan daripada pergerakan pesakit berusia emas untuk mengurangk­an kecederaan akibat jatuh.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian 1800-886722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang).

Disediakan: Mohd Shainol Azmar Kassim

Pegawai Farmasi, Bahagian Perkhidmat­an Farmasi Perlis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia