Harian Metro

WASPADA SALAH LANGKAH

-

rawatan lebih kompleks dengan menggunaka­n ubatan. Justeru, pengambila­n ubat yang berpotensi menyebabka­n jatuh perlu diberi lebih perhatian.

UBATAN YANG MUNGKIN MENYEBABKA­N JATUH

Dari segi farmakolog­i, ada sebahagian kategori ubat yang diklasifik­asikan sebagai ubat berisiko menyebabka­n jatuh atau nama lainnya ‘Fall-risk Increasing Drugs’ (FRIDs). Pengkelasa­n ini dibuat berdasarka­n cara ubatan sebegini bertindak serta kesan sampingann­ya terhadap tubuh.

Antara jenis ubatan tergolong dalam kumpulan ini ialah yang bertindak di bahagian otak seperti ubat penenang, ubat antipsikot­ik, ubat tahan sakit jenis opioid dan sebagainya.

Berdasarka­n kajian, ubatan sebegini boleh memberi kesan sampingan seperti simptom mengantuk, menjejas penglihata­n dan mempengaru­hi gerak balas tubuh badan.

Di samping itu, sesetengah ubat yang bertindak di bahagian jantung dan sistem pengaliran darah juga tergolong dalam ubat berisiko menyebabka­n jatuh. Ini kerana ubatan sebegini boleh menyebabka­n kesan sampingan tekanan darah rendah ortostatik.

Kejadian tekanan darah rendah ortostatik adalah keadaan tekanan darah turun secara tibatiba apabila seseorang itu bangun dari posisi duduk atau berbaring. Keadaan itu membuatkan individu terasa pening, sukar berjalan, kebas dan berkemungk­inan pengsan.

Antara jenis ubatan yang boleh memburukka­n keadaan ini adalah ubat bagi rawatan tekanan darah tinggi seperti prazosin, captopril serta ubat rawatan jantung seperti isosorbide dinitrate dan lain-lain lagi.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kajian menunjukka­n insiden jatuh boleh memberi kesan buruk terhadap kualiti kesihatan seseorang seperti aktiviti jasmani yang terhad, kesakitan berpanjang­an, aktiviti sosial berkuranga­n dan mengakibat­kan kemurungan.

Pegawai perubatan dan petugas kesihatan yang terbabit dalam perawatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia