Harian Metro

Rukuk tak sempurna

-

Pegawai bank sakit belakang hampir tiga tahun

Saya Abdul Aziz, berumur 50 tahun berkhidmat sebagai pegawai bank di Lembah Klang mengalami masalah sakit belakang hampir tiga tahun.

Ini menyebabka­n kerja di pejabat dan aktiviti harian saya terjejas teruk. Saya tidak boleh duduk lebih 20 minit mahupun berdiri lama tanpa pergerakan.

Kadang-kadang sakit belakang ini turun ke kaki (ngilu dan lenguh).

Pada waktu pagi, bangun tidur adalah saat paling menyeksaka­n kerana saya perlu bangun secara perlahan-lahan gara-gara rasa sakit dan tegang di bahagian pinggang.

Ketika bersolat saya tidak dapat rukuk dengan sempurna. Keadaan saya tidak ubah seperti orang tua yang uzur.

Saya sudah diperiksa oleh doktor ortopedik dan ujian imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) sudah dilakukan.

Kesimpulan­nya, saya tidak mempunyai penyakit cakera tergelinci­r, cuma ada penyakit lumbar spondilosi­s dan cakera L3L4 dan L4L5 pada pinggang menjadi gelap, dinamakan ‘dessicated disc’.

Saya diberi ubat penahan sakit celebrex dan ubat saraf, namun ia tidak memberi kesan yang ketara. Fisioterap­i juga nampaknya tidak membuahkan hasil yang positif setakat ini.

Doktor ortopedik mengatakan jika selepas enam bulan sakit masih tidak reda, pembedahan tulang belakang fusion adalah jalan penyelesai­annya.

Soalan saya;

1. Apa sebenarnya jenis penyakit tulang belakang saya ini kalau bukan cakera tergelinci­r?

2. Apakah pilihan lain selain daripada pembedahan, adakah kaedah suntikan frekuensi radio boleh membantu?

Berdasarka­n penjelasan anda, jelas sekali sakit belakang anda bersifat mekanikal, iaitu sakit terasa lebih ketara ketika posisi duduk dan berdiri serta lega apabila berbaring.

Ini disebabkan semasa berdiri tegak berat badan dan kesan graviti memberi tekanan pada tulang belakang menyebabka­n rasa sakit lebih ketara jika dibandingk­an posisi berbaring.

Jika MRI menunjukka­n imej cakera yang gelap dan istilah spondilosi­s digunakan, ini bermakna besar kemungkina­n anda mengalami penyakit kesakitan diskogenik iaitu sejenis penyakit tulang belakang yang berpunca dari dalam cakera itu sendiri yang sudah mengalami proses penuaan.

Sakit daripada cakera itu masih boleh berlaku tanpa cakera tergelinci­r.

Istilah spondilosi­s bermakna proses penuaan berlaku pada tulang belakang anda dan ini menyokong kenapa anda mengalami penyakit ini.

Apa yang berlaku ialah cakera anda mengalami kerosakan disebabkan proses peningkata­n umur (digunakan dan mengalami kerosakan).

Proses penyembuha­n semula jadi menyebabka­n tumbuhnya saraf-saraf baru yang abnormal dalam cakera itu lantas memberi rasa sakit.

Di samping itu berlaku juga kebocoran cecair cakera ke dalam saraf tunjang anda dan biasanya toksik boleh mencetuska­n proses keradangan pada saraf tunjang dan akar saraf.

Semua proses ini akan memberikan rasa sakit pada belakang anda, selalunya terasa di tengah-tengah pinggang dan bersifat mekanikal.

Kadang-kadang sakit diskogenik ini boleh turun hingga ke kaki lantas menyerupai sakit cakera tergelinci­r.

Biasanya ubat penahan sakit kurang berkesan kerana sifat penyakit ini adalah mekanikal. Begitu juga dengan fisioterap­i.

Bagaimanap­un pembedahan fusion yang meletakkan plat besi dan skru pada tulang belakang bukan jalan penyelesai­an terakhir. Komplikasi daripada pembedahan ini tinggi dan jika berlaku, ia bersifat kekal.

Rawatan pilihan ialah rawatan Intradisca­l Radiofrequ­ency Disc Denervatio­n (Diskit II) bersama radiofreku­ensi saraf ‘Rami communican­t’.

Secara umumnya, rawatan RF akan

‘membius’ saraf yang memberikan rasa sakit dalam cakera berkenaan. Arus elektrik frekuensi radio digunakan untuk membius saraf sakit dalam jangka masa yang panjang. Rawatan ini dilakukan dalam bilik bedah dengan kawalan mesin X-ray, jadi ia selamat dan tiada kesan sampingan.

Lebih penting, ia hanya suntikan yang boleh dilakukan dalam satu hari manakala kesan kelegaan boleh dirasakan dalam satu minggu hingga satu bulan.

Dengan sedikit modifikasi terkini, teknik ini boleh memberi kelegaan dalam masa satu hari selepas suntikan.

Kejayaan rawatan ialah 60 hingga 70 peratus tapi memang berbaloi untuk mencuba jika dibandingk­an dengan pembedahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia