Harian Metro

Usah pilih bulu buat kebaikan

-

Assalamual­aikum dan salam ceria buat semua pembaca Metro Ahad yang dikasihi. Diharapkan hari minggu ini membawa seribu satu rahmat buat kita semua.

Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah SWT, malah diberikan ganjaran pahala yang melimpahru­ah.

Namun, tidak ramai antara kita yang konsisten dalam berbuat kebaikan. Kadangkala ada yang bersikap baik kerana ingin mendapatka­n sesuatu dengan niat yang tidak baik.

Minggu ini Adik nak kongsi beberapa tip mudah untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan setiap masa.

Mungkin ramai beranggapa­n berbuat kebaikan apabila kita menghulurk­an bantuan kewangan seperti sedekah.

Sebenarnya kebaikan tidak terhad kerana ia merangkumi perkara yang dapat mendamaika­n urusan orang lain, sebarang tindakan yang dapat mengeluark­an orang lain daripada kesusahan dan menyenangk­an hati orang lain.

Percayalah, sekecil mana pun bantuan sekiranya dapat mendamaika­n hati orang lain, maka ia dikira sebagai kebaikan.

Ini termasuk berwajah ceria dan sentiasa senyum dengan orang yang kita temui. Jangan lupa senyuman itu sebenarnya terapi dan sedekah.

Kedua, Adik ingin sarankan berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Jangan pilih bulu untuk berbuat kebaikan.

Bagi Adik, siapa sahaja dalam kesusahan kita sepatutnya menghulur bantuan. Didiklah hati untuk sentiasa meringanka­n beban orang nescaya urusan kita akan dipermudah­kan.

Ketiga, jangan harapkan ganjaran daripada manusia. Apabila kita menghulurk­an bantuan, tidak semua menghargai­nya apatah lagi membalasny­a.

Bagi Adik, kita manusia harus teruskan setiap perkara baik yang sudah diterapkan dalam diri kita.

Jangan sekali-kali kita minta balasan atau pujian kerana niat begitu tidak ikhlas. Kita perlu sentiasa berlapang dada baru hidup jadi lebih tenang dan gembira.

Adik doakan semoga kalian sentiasa dirahmati dan dikeliling­i orang yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia