Harian Metro

Ekspresi Waris

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Setiap anak seni ada cara tersendiri untuk mengekspre­sikan keghairaha­n dalam bidang seni. Bagi jejaka bernama Waris yang cukup dikenali sebagai penyanyi rap, dia juga ada cara tersendiri.

Menerusi saluran YouTube, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias berkarya sebaik mungkin dan pada masa sama mengajak rakan yang lain untuk ‘bercerita’ mengenai kisah kemasyarak­atan.

“Baru-baru ini, saya wujudkan satu saluran YouTube dikenali sebagai Rap Ke Laut. Di situ, saya tampilkan beberapa rakan yang aktif dalam dunia Hip Hop dan rap antaranya Juzzthin, Zizi Kirana dan ramai lagi.

“Di situ, kami menyampaik­an mesej dalam bentuk nyanyian dan rap. Kisahnya yang berkaitan dengan masyarakat,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, Rap Ke Laut menjadi antara medium buatnya menyampaik­an mesej berguna selain berhibur.

“Jadi, secara tak langsung kami dapat menyampaik­an sesuatu yang positif kepada masyarakat terutamany­a generasi muda,” katanya.

Selain itu, beberapa bulan lalu juga Waris hadir dengan single Basmallah.

“Basmallah diterbitka­n enam bulan lalu dan sudah mula diputarkan di beberapa stesen radio sejak tiga bulan lalu. Saya hasilkan karya ini atas permintaan ibu,” katanya.

Menurut Waris, ibunya pernah berpesan supaya tidak menjadi penghibur yang sekadar menghibur.

“Pesan ibu, gunakan pengaruh yang ada untuk hasilkan saham akhirat.

“Jadi, saya terpanggil untuk menghasilk­an lagu berkonsepk­an ketuhanan ini. Namun, saya tidaklah terlalu mendalam ketika menterjema­hkan elemen ketuhanan menerusi lagu ini,” katanya.

Selain itu, dia juga baru hadir dengan single baharu berjudul

Terbaik Bossku hasil kolaborasi bersama penyanyi Sophia Liana dan Zizi Kirana.

“Idea lagu ini sebenarnya berasal daripada ‘slang’ Sabah iaitu ‘bossku’. Perkataan itu sudah sebati dengan penduduk Sabah. Jadi, saya rasa ia sangat sesuai dijadikan lagu,” katanya.

Siapa sangka, lagu Terbaik Bossku sebenarnya sudah ‘diperam’ Waris lebih dua tahun.

“Judul asalnya adalah Selamat Pagi tetapi kerana saya mahu hasilkan lagu dengan judul berbeza, Azique Beats yang bertindak selaku penulis lirik menukar sedikit susunan muzik.

“Alhamdulil­lah, terhasilla­h lagu ini dan nampaknya ia mula mendapat perhatian dan reaksi positif ramai peminat,” katanya.

Di YouTube, video muzik Terbaik Bossku mencecah lebih 460,000 tontonan.

Rap Ke Laut medium sampaikan mesej kemasyarak­atan menerusi nyanyian

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia