Harian Metro

Sheeda dek

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Hiburkan pengunjung Batu Gajah de an baharu yang akan berada di pasaran ak la

Selama lebih 20 tahun bergelar anak seni, belum pernah lagi Sheeda menolak undangan menyanyi.

Tanpa mengira lokasi sama ada di pentas konsert gah, hotel mahupun karnival jualan kecil, penyanyi bergelar Sheeda Dangdut ini tetap menerimany­a kerana nyanyian adalah sumber rezeki utamanya.

Terbaharu, Sheeda, 54, akan tampil menghiburk­an peminat untuk program Karnival Jualan & Flora, Kembara Seni yang akan berlangsun­g di Dataran Orkid Batu Gajah, Perak bermula 5 Oktober hingga 14 Oktober ini.

“Saya selalu sangat terbabit dengan program karnival begini di seluruh negara. Ia peluang terbaik untuk saya berjumpa peminat dengan lebih dekat.

“Persembaha­n saya nanti berkonsep konsert dangdut dan saya akan tampilkan persembaha­n menarik kerana tak mahu menghampak­an peminat yang hadir memberikan sokongan.

“Paling mengujakan ini adalah kemunculan pertama saya menyanyi selepas membuat keputusan berhijab,” katanya.

Turut membuat persembaha­n pada karnival ini nanti ialah Hasnol Gegar Vaganza, Intan Maya, Afee Utopia, J Sham, Roy Kapilla, Ejik The Magic, Farlina, Ayati Tasrip, kumpulan Nagasari, Feel Buskers dan artis nasyid, Zek MTG.

Sheeda yang popular menerusi lagu Angkat Kaki mengharapk­an supaya peminat boleh menerima imej terbaharun­ya dengan nyanyian genre dangdut.

“Saya sebenarnya pernah berjanji dengan peminat untuk berhijrah suatu hari nanti dan mendoakan saya. Sekarang masanya untuk saya kotakan apa yang dikata.

“Harapnya penerimaan mereka tetap sama seperti penampilan saya sebelum ini kerana kalau dilihat sudah ramai artis wanita yang tampil berhijab dalam bidang nyanyian.

“Istimewany­a saya akan menyampaik­an lagu-lagu baharu yang akan berada di pasaran tak lama lagi iaitu Sakti, Papa Mama dan Angkat Tangan,” katanya.

Mengulas mengenai gelek atau goyang yang sinonim dengan lagu dangdut, Sheeda berkata, peminat boleh memahami situasinya.

“Rasanya mereka sudah tak mahu tengok saya bergelek. Mereka nak saya ‘versatile’ dan boleh terima perubahan. Mereka sangat menyokong saya. Saya masih lagi akan jemput peminat ke atas pentas untuk beramah mesra dengan saya tapi saya akan jaga adab.

“Saya percaya akan ada segelintir pihak yang mengecam saya. Biarlah kerana sama ada saya belum bertudung dan sekarang sudah berhijrah, pasti ada yang mengata. Sudah lumrah ada yang suka kita dan ada yang tidak. Terpulang kepada penerimaan masing-masing,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia